10 nasihat untuk kita semua
Sekadar ingin memberikan beberapa nasihat untuk jiwa-jiwa muslim sekalian, termasuk diri saya sendiri. Saya berharap ini menjadi satu peringatan yang baik untuk kita semua.
- Sembunyikanlah amal anda kerana itulah cara mudah memperolehi niat yang ikhlas. Kemaskan wajah yang tampak kurang tidur kerana bangun qiamullail, jangan tunjukkan keletihan kerana sedang berpuasa, jangan biar orang tahu bahawa anda kuat bersedekah dan sebagainya. Pengecualian hanya satu iaitu apabila anda ingin menunjukkan contoh tauladan agar orang lain dapat mengikuti bersama. Maka bolehlah diceritakan amalan anda dengan nada yang mengajak orang lain menyertai anda; bukan dengan memberitahu amal anda kepada mereka.
- Ikutilah ajaran Rasullullah dengan segenap hati. Maksud saya di sini ialah kita harus rajin meneliti amalan Rasulullah, cara ibadahnya, cara berkomunikasinya, apa yang beliau galakkan dan apa yang beliau benci. Pelajari dan hayatilah akhlak baginda yang mulia dan amalkanlah, bahkan akhlak nabi itu ialah Al-Quran sepertimana disebut oleh Aisyah r.a. Hafalkanlah hadith-hadith yang sahih, fahami dan amalkanlah. Piawai bagi segala amalan kita, buruk atau baik, terletak berdasarkan contoh yang ditunjukkan Rasulullah. Cinta kepada Rasul tidak sempurna jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk ikut ajaran baginda.
- Tebarkanlah kebaikan di mana jua anda berada. Saudara saya yang saya cintai sekalian, berapa banyaknya tangan-tangan yang menginginkan bantuan, betapa banyaknya tandas-tandas di masjid yang masih kotor dan perlu dibersihkan, betapa ramainya non-muslim yang belum jelas tentang apa itu Islam, pendek kata betapa banyaknya peluang-peluang besar untuk kita beramal soleh di luar sana! Ayuh jangan kita berlengah lagi.
- Masa lebih berharga dari emas, kerana emas boleh dibeli sedangkan masa pula tidak boleh. Oleh itu setiap saat yang datang mesti kita gunakan sebaiknya. Berlengah-lengah bukan sikap seorang muslim/muslimah, kerana dia sepatutnya sedar bahawa maut boleh datang bila-bila masa sahaja.
- Lebih baik mati daripada melakukan dosa. Ini satu ungkapan yang saya petik daripada Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Saya kira hujah utama beliau di sini ialah beliau cuba memaksudkan segala dosa itu haruslah kita takut untuk melakukannya, betapa kecil pun ia. Melawan hawa nafsu adalah satu bentuk jihad.
- Belajar, belajar dan belajarlah hingga mati. Saudara, akal adalah satu amanah Allah yang besar. Inilah kurniaan Allah yang melayakkan kita sebagai khalifah atau pentadbir di muka bumi ini. Jadi penuhilah amanah akal ini dengan belajar, belajar dan belajar. Orang mukmin mesti dahagakan kecemerlangan dalam bidang keilmuan dan teknologi. Umat Islam adalah yang paling layak menerajui dunia.
- Berdakwah kepada manusia lain adalah tanggungjawab kita semua sebagai orang Islam. Sekiranya anda beriman kepada Allah, anda harus berusaha melaksanakan tugas mengajak orang lain ke jalan Allah dengan sedaya upaya anda. Islam bukanlah agama sendiri-sendiri, tapi Islam adalah agama yang mementingkan aspek komuniti, kemasyarakatan dan kesatuan. Bukankah lidi seberkas sukar untuk dipatahkan? Ajaklah diri sendiri dan orang lain ke arah kebaikan, tapi lakukan dengan lemah-lembut, berhikmah dan penuh dengan kesabaran. Cabaran berdakwah itu besar dan berat, tapi hasilnya cukup manis.
- Hari ini harus lebih baik dari semalam. Setiap hari harus ada tangga peningkatan yang kita daki, bertambah benih kebaikan yang kita semai dan bertambah banyak perhambaan diri kita kepada Allah. Kita harus berazam untuk berpegang teguh kepada prinsip ini.
- Penuhilah diri dengan penuh rasa rendah diri. Jangan sesekali lupa betapa banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, jadi apakah layak untuk kita merasakan diri kita hebat berbanding orang lain? Sedangkan jika bukan kerana pemberian Allah, di manakah kita berdiri sekarang ini? Sebab itu jangan sesekali kita merasa tinggi diri, sekalipun kita mempunyai ilmu yang banyak, kaya dengan harta, popular, mempunyai rupa paras yang baik dan lain-lain. Perasaan rendah diri itu harus dilatih sampai ia menjadi satu sikap yang automatik dalam diri kita. Pepatah melayu ada menyebut, “padi bila makin berisi, makin tunduk”. Takkan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan, jadi kita semua harus berwaspada.
- Syukurlah dengan nikmat, sabarlah dengan dugaan. Syukur dan sabar adalah dua nilai murni yang ditekankan oleh Islam. Jangan kita merasa bangga diri dengan pencapaian sendiri, sebaliknya bersyukurlah kerana itu satu kurniaan Allah. Demikian juga jika diuji dengan musibah, kepayahan atau kesedihan, bersabarlah banyak-banyak dan jangan sesekali berputus asa kerana Allah memang akan menguji hamba-hambaNya dalam kehidupan ini. Siapa yang kuat imannya akan berjaya sedangkan yang lemah akan kecundang. Elakkan membesar-besarkan kejayaan kita dan elakkanlah berkeluh-kesah akan nasib kita sebab kedua-dua tabiat ini menjejaskan nilai syukur dan sabar.
Demikianlah 10 peringatan ringkas. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah seterusnya memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.
May 1st, 2009 at 1:53 am
berkaitan soklan 1 :- betul ke org2 yg kerap bertahajud tu ada tanda hitam di dahinya?? ada sign kat dahinya ( biasanya ada kat kaum lelaki)
May 1st, 2009 at 8:24 am
Saya tak berapa setuju.
Satu penjelasan mungkin akibat rangsangan kulit sensitif apabila dahi cecah tempat sujud.
Tapi kalau dah timbul kesan di dahi, tak boleh elak kan.. Jadi tak boleh buat apa2.. Letak bedak banyak2 kat dahi? hehe..
May 4th, 2009 at 8:35 pm
Dalam satu program saya ikuti bersama Al-Fadhil Ustaz Hj Mahfuz Muhammad Al-Khalil, Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dikatakan berfahaman wahhabi. Tp boleh je kan kite amik ajaran beliau yang baik2 cuma perlu berhati2.
May 5th, 2009 at 9:10 am
Raudha, sedihnya apabila kita mendgr berita tatkala umat ini sedang diancam dgn penghinaan, penyeksaan dan penganiayaan, ada lagi dikalangan kita yg sibuk utk berdebat merendah-rendahkan antara satu dgn yg lain.
Ada baiknya utk kita menilai betul2 apakah benar yg dikatakan “wahhabi” itu satu fahaman yang menyeleweng. Di Malaysia, kita tak berpeluang untuk menyiasat betul-betul apa yang berlaku krn kekurangan sumber. Apa yg kita dgr drpd ustaz2 tertentu, kita tak pula minta dalil dan bukti bagi memastikan cerita mereka. Lepas tu kita rasa cukup dgn maklumat yg kita dapat dan membuat keputusan bahawa “wahhabi” ini sbg satu “fahaman” yg “menyeleweng”. Ini jelas satu penilaian yg berat sebelah dan tak adil dan bukan termasuk akhlak islamiah.
Jika di mahkamah, hakim akan mendengar hujah drpd kedua2 tertuduh dan pendakwaraya sebelum dijatuhkan hukuman. Dia akan menilai juga bukti2 yg dikemukakan, barulah hakim itu dpt tentukan apakah tertuduh mmg betul2 salah atau tidak.
Samalah juga, kita mesti adil apabila menerima sesuatu berita. Kena siasat betul2. Jika kita nak tahu benar atau salah, perlulah kita menilai kekuatan hujah daripada kedua-dua pihak. Kita perlu juga melihat bukti bagi memastikan kesahihan cerita masing-masing.
Antara bencana terbesar umat akhir zaman ini ialah kita kerap mencari ruang dan jalan untuk saling berpecah. Pada masa yang sama kita tinggalkan sikap suka mencari kelebihan dan kerjasama sesama muslim, walaupun ini sebenarnya yang dituntut dalam agama.
Saya sertakan beberapa link yg mengandungi fakta2 agar kita dpt memahami “wahhabi” ini dgn lebih adil:
http://al-ahkam.net/home/index.php?module=htmlp&func=display&pid=8
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=59
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14621&mode=thread&order=0&thold=0
May 5th, 2009 at 9:57 pm
Bukanlah niat saya untuk merendah-rendahkan sesiapa apalagi tokoh2 atau ustaz2 yg sedia maklum lebih arif dan mulia kedudukan di sisiNya. Sedih.Memang sedih situasi umat Islam sekarang. Penghinaan, penyeksaan dan penganiayaan mmg sentiasa diterima malah sejak Islam dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW lg. Ia tak akan pernah berhenti. Lebih sedih lg ancaman dr dalam Islam itu sendiri; liberalisme, wahhabi, syiah etc.
Ini situasi di Malaysia sekarang…nak ikut kelas agama, kena siasat dulu siapa tok guru dan intipati penyampaian. Sy sendiri, MasyaAllah pernah mengalaminya. Mengikut kefahaman sy dangkal ini, ajaran Wahhabi bukan saja berbeza dr segi furu’ saja malah perkara pokok sekali. Saudara tentu maklum: tuntutan 2 tauhid (uluhiyyah dan rububiyyah) yg mana menurut mereka org kafir juga mempunyai tauhid iaitu tauhid uluhiyyah, menjisimkan Zat2 Allah Yang Maha Sempurna dan menyamakan seperti sifat makhluk (e.g. Allah itu bertangan, berkaki, duduk, berdiri) etc (boleh rujuk di http://al-subki.blogspot.com atau http://alsubki2.blogspot.com). Jika ini tidak menyeleweng, atau tidak termasuk dalam ajaran “Wahhabi”, atau ini ajaran “Wahhabi” yg palsu, saya harap sy disedarkan.
Saya minta maaf sbb tak menyertakan mengapa Al-Fadhil Ustaz Hj Mahfuz Muhammad Al-Khalil menyatakan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni membawa ajaran Wahhabi sebelum ini. Dalam karya beliau dalam 40 Hadits Qudsi dan Dzikir ada menyatakan (saya salin la ye sebab tak tau nk masukkan gambar mukasurat buku tu mcmn):
“Secara bahasa, ‘Arsy artinya singgahsana khusus raja. Dan secara syar’i, artinya adalah singgahsana yang tidak terbilang besarnya, Allah ‘Azza Wajalla BERSEMAYAM di atasnya. ‘Arsy adalah ciptaan Allah yang paling tinggi letaknya dan paling besar, Allah menyifatinya sebagai ciptaanNya yang sungguh besar, baik dan mulia. Antara Kursi Allah dan ‘ArsyNya, tidaklah sama. ‘Arsy adalah tempat Allah BERSEMAYAM, sedangkan Kursi adalah tempat KEDUA TELAPAK KAKI-NYA.”
Wallahu’alam.
p/s: Al-Fadhil Ustaz Hj Mahfuz Muhammad Al-Khalil mempunyai kumpulan tersendiri yg ditubuhkan untuk mengkaji mengenai Wahhabi secara khusus sejak sekian lama. Kadangkala beliau pergi ke Timur Tengah untuk mencari kitab2 yg tidak terdapat di Malaysia untuk dikaji. Kitab2 tersebut dikumpulkan dan dijual di kedai buku beliau di Wangsa Maju. Maklumat lanjut blh didapati di alamat blog yg sy sertakan di atas. Mana tahu lepas ni boleh jemput beliau berceramah di Kuantan pulak (^,^)
May 6th, 2009 at 5:54 am
Jazakillahul khair Raudha for the comment.
MasyaAllah sy sgt kagum dgn kesungguhan Raudha, moga Allah melimpahkan akan rahmatNya kpd Raudha atas semangat keislaman yg dimiliki. Amin. Alhamdulillah.
Raudha, saya minta sangat Raudha baca komen ini dengan teliti hingga habis, tolong ya. Ini komen muktamad saya, lepas ini saya tak berhasrat nak berdiskusi lagi krn byk lagi tugas yg lebih penting perlu saya fokuskan. Terpulanglah Raudha hendak setuju atau tidak, sbb saya sendiripun bukan semestinya betul. Allah lebih mengetahui.
InsyaAllah ini akan menjadi satu perbincangan yg bermanfaat utk kita semua. Bukanlah niat kita untuk mencari siapa benar atau siapa salah, tapi sebenarnya kita mahu berusaha bersama-sama ke arah mencari kebenaran. Mana yang benar, itulah pilihan kita, tak kira walaupun ia datang dari mana, baik drpd saya ataupun orang lain.
Tentang menyamakan sifat Allah dgn makhluk, sudah tentu itu BUKAN apa yang diajar “wahhabi” ini. Terkejut sy mendengar dakwaan ini. Sebab dalam Quran sudah terang2 disebut “laisaka mislihi syaiun” (tidak ada yang sesuatupun yang serupa denganNya). Saya pernah mengkaji tentang hal ini. Kalau tak percaya, boleh rujuk sendiri kitab At-Tauhid karangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.
Tentang ungkapan Dr Aidh Al-Qarni itu, saya akui memang nampak macam pelik. Tapi saya tak berani nak komen sebab ilmu saya masih cetek. Tapi apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah, adakah dengan berkata demikian maka Dr Aidh ini seorang “wahhabi”? Benarkah “wahhabi” pernah mengajarkan demikian? Kita ada bukti?
Mungkin jika benar ungkapan Dr Aidh ini satu kesalahan, maka kesalahan itu datang daripada beliau sendiri. Setiap anak Adam tak dapat lari daripada kesalahan.
Tak wajarlah kita membuat kesimpulan, hanya krn Dr. Aidh dtg dari Saudi, maka apa yang dia katakan ini semuanya ajaran wahhab. Saya berikan analogi, katakan Ahmad berbohong, wajarkah kita mendakwa bahawa ahli keluarganya semuanya pembohong? Sudah tentu tidak. Maka serupalah juga dengan kata-kata Dr Aidh ini, tak boleh kita menghukum secara umum. Akhlak Islamiah tak pernah mengajar kita untuk menjatuhkan hukuman atau berprasangka secara rambang.
Saudari Raudha yg sgt sy hormati, saya harap saya tak kecilkan hati saudari, maafkan saya terlebih dahulu, tapi saya kira agak keterlaluanlah untuk menyamakan “wahhabi” ini dengan syiah dan liberalisme.
Syiah sudah jelas sesat kerana masalah aqidah mereka tentang isu imam 12, selain penghinaan mereka terhadap para sahabat yang sudah terang2 disebut dalam kitab2 mereka.
Liberalisme pula jelas terpesong dari segi pemahaman mrk terhadap dalil2 sahih. Di mana mrk secara terang-terangan menolak dalil2 sahih kerana bagi mereka dalil2 ini tidak setara dengan logik akal mrk. Bagi mereka, akal lebih utama daripada nas. Hal ini banyak terbukti dalam penulisan-penulisan dan seminar-seminar mereka.
Tapi kenapa pula “wahhabi” dikategorikan bersama? Saya kira ini tak patut, ini bukan akhlak kita orang Islam.
Sbb dalam hal2 usul, ingin saya tekankan lagi (walaupun Raudha mungkin tidak bersetuju, tak apalah saya tak kisah), jelas kita lihat penggerak “wahhabi” ini akan memastikan setiap prinsip agama yang dipegang ada sumbernya dalam nas-nas sahih, jd mrk sudah termasuk dalam kelompok ahlus sunnah. Jika mereka ahlus sunnah, tak bolehlah mrk dikategorikan bersama2 dgn syiah ataupun liberal.
Manakala dalam hal cabang pula, apa yang berlaku ialah mrk cuba memperjuangkan sunnah Rasulullah dalam beribadah, dan menolak amal2 ibadah yang tiada contohnya daripada dalil2 sahih. Maksudnya di sini, jika nak tahu cara solat, mereka lihat hadith sahih yang menerangkan cara Rasullullah solat. Nak berdoa, mrk lihat hadith yg terangkan cara Rasullullah doa. Jadi, mengapa perbuatan mrk ini salah? Bukankah ini satu usaha yang baik untuk menghidupkan sunnah? Jadi pendekatan kita ialah setiasa berlapang dada, sbb kita akan mendapati kita tidak mempunyai bukti kukuh utk mengatakan mrk salah dan kita betul.
Saya tak bermaksud untuk merendah-rendahkan Ustaz Mahfuz, siapalah saya ini. Tentu ilmu beliau jauh lebih banyak daripada saya. Mungkin ibarat langit dan bumi.
Tapi sebagai muslim, kita perlu bersikap objektif. Jadi, tak kira sejauh manapun seseorang itu merantau, betapa banyak guru pun beliau jumpa, betapa tinggipun ilmu beliau, kebenaran tetap ada pada fakta, bukan pada sahsiah penyampainya.
Contohnya, walaupun seseorang guru itu menghafal Al-Quran, seluruh kitab hadith dan seluruh kitab fiqh, tapi jika ajaran guru tersebut itu tiada buktinya daripada nas-nas, maka tak layak diperakui sbg ajaran Islam. Ini krn jika dilihat dlm ilmu usuluddin, syariah itu berdiri di atas nas2 sahih. Tanpa nas, tiada hukum.
Jika kita asyik nak mendakwa kebenaran itu berada pada sahsiah dan kelayakan penyampainya, tentu saya pun boleh berkata balik kepada Raudha bahawa ulama2 yg menyokong “wahhabi” ini pun orang2 hebat belaka, belajar ke serantau dunia dari berbagai2 ulama besar pula. Saya boleh kata mcm ni: “Siapa lagi hebat, Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi, atau Syeikh Rashid Redha, yg memperakui kebenaran Wahhabi ke; ataupun Ustaz Mahfuz lebih hebat?” Tapi saya tak boleh berkata begini sbb ini bukan caranya kita mencari ilmu dan kebenaran. Sudah tentu ini bukan akhlak seorg muslim dalam belajar. Ini adalah satu bentuk pemikiran yg tidak matang, kebudak-budakan.
Sebab itu, tak kiralah nak kritik “wahhabi” ke, nak sokong “wahhabi” ke, kita tak tengok kpd sahsiah seseorg tokoh tersebut, tetapi kita kena tengok sejauh manakah kebenaran hujah2 yg dibawanya. Hujah akan jd benar jika ada buktinya. Buktinya pula mestilah jelas terang benderang dan bukannya yang diputar-belit. Islam menekankan fakta, bukan rhetorik.
Saya kira ini saja komen saya. Semoga kita semua mendapat pencerahan ttg isu ini. Sy akui sy bukanlah insan sempurna, sudah tentu sy tak dapat lari drpd kesilapan. Tapi sy berharap sgt sy sentiasa berada dlm kebenaran, dan sy berhrp sgt umat ini dpt meleraikan kesemua sengketa yang ada, kembali bersatu-padu utk kita melawan musuh2 Islam yang makin menjadi-jadi di luar sana.
Wallahu a’lam
May 7th, 2009 at 1:21 am
Got it…as I have said in the first place, ajaran2 yang BAIK wajar dicontohi dan diamalkan x kisah datangnya mana. Cuma nak menilai bagaimana yang BAIK itu terpulang pada saya dan sahabat2 utk meletakkan usaha nya kt mana.
Secondly, akhlak islamiah amatlah penting utk diterapkan dan ditingkatkan dalam mencari ilmu…(which relates to Aie’s older post).
Selebihnya adalah pada pendirian sy.
Syukran byk2 Aie atas semua penerangan. I am really2 a beginner.
Wallahu’alam.
May 7th, 2009 at 2:44 am
Terima kasih byk2 raudha n Jazakillahul khairan sekali lagi.
Raudha sgt berlapang dada, dan sy sgt kagum dgn akhlak yg ditunjukkan ini. Semoga Allah rahmati Raudha selalu, dunia dan akhirat.
Akhiran, yg penting kita semua harus sentiasa berazam ke arah kerjasama dan kecilkan atau hapuskan segala persengketaan. Semoga umat ini akan terus maju.