Archive for March, 2009


Stop worrying and start living?

Dale Carnegie was one of the top self-help gurus of the 20th century.

I managed to read some of his books and found out that he has brought up some interesting concepts of morality which we do not see much in our society today. Some of these include the attitude of appreciating others sincerely, the sweet feeling of doing good deeds, being patient and humble when dealing with difficult people and some others which -I think- do not contradict with the Islamic teachings of akhlaq.

Nevertheless as muslims we cannot agree with these concepts totally. Dale Carnegie was not a muslim, and the primary purpose for his teachings was mostly about self-satisfaction. However as muslims the primary reason for us to do good should always be about to please Allah, not ourselves, although the sense of self-satisfaction might come together when we do good deeds but this is unavoidable.

But, in overall, there is nothing wrong to learn from Carnegie or other western self-help authors; for as long as we always modify and integrate their self-help concepts with Tawheed, everything will be fine.

Dale Carnegie had also written a book entitled “Stop Worrying and Start Living”. Although the title of the book presents yet another interesting concept, but again I disagree.

Let me ask you, don’t you think worrying is good?

Perhaps with the exception of a few bunch of people, a sense of worry can actually motivate ourselves better in order to improve ourselves. If we don’t worry about anything at all, the motivation to do good will not be as strong.

For example, imagine yourself preparing for an exam. If you don’t worry that you might fail in the exam, you may not have enough motivation to study hard. In Islam we are also taught to be worried about the possibility of entering hellfire after we die, and this kind of worry help us to always improve our deeds while avoiding evil acts at the same time.

So it’s clear here, worrying is good, but not too much, of course.

Nasihat buat lepasan SPM yang ingin memohon bidang perubatan

Tahniah buat yang berjaya dalam peperiksaan yang lalu. Bagi yang tidak mendapat seperti yang diharapkan, jangan putus asa kerana keputusan SPM  anda itu bukanlah segala-galanya. Selagi masih bernyawa, peluang kejayaan sentiasa terbuka.

Terdetik untuk saya menulis tentang isu ini kerana saya dapati begitu ramai sekali adik-adik lepasan SPM yang ingin memohon bidang perubatan.

Saya ingin menasihati adik-adik supaya betul-betul memikirkan pilihan anda.

Ini kerana jangan nanti apabila sudah masuk ke bidang perubatan, takut-takut menyesal pula rasa hati. Ramai orang di luar sana yang saya kira tidak sedar realiti sebenar belajar dan bekerja dalam bidang perubatan ini. Manakan tidak, jika di drama-drama televisyen, doktor-doktor sering dilihat sebagai orang yang disegani, tapi tak pula dilakonkan bagaimana berat dan tertekannya tugas seorang doktor itu.

Hakikatnya tidaklah begitu, wahai adik-adik saya sekalian. Jika adik-adik ada ibubapa atau saudara-mara yang bekerja sebagai doktor, tanyalah bagaimana payahnya untuk mereka mengharungi kehidupan sebagai pelajar, doktor pelatih dan kemudian menjadi doktor.

Ramai yang lihat kerjaya sebagai doktor sebagai kerjaya yang popular, tapi itu hanya dari segi luaran sahaja. Sebenarnya, setiap hari para doktor berurusan dengan keperitan, penderitaan dan nyawa manusia. Bagi pelajar ataupun doktor pelatih pula, dimarahi ataupun dimaki oleh para golongan atasan malah termasuk sesetengah juruwarat sekalipun mungkin dah jadi lumrah.

Entah mengapa, saya sendiri tidak faham kenapa sistem pendidikan perubatan perlu menjadi keras sebegitu rupa.

Kemudian dari segi subjek, terdapat banyak sekali maklumat-maklumat yang perlu dicerna. Jangan terkejut kalau anda diharapkan supaya khatam buku setebal 300-400 mukasurat dalam masa 10 minggu.

Tapi pada pendapat saya ilmu perubatan tidaklah berat sangat untuk difahami, tapi perlu banyak hafalan sebenarnya. Dari segi kesukaran, saya kira susah lagi belajar untuk sains aktuari ataupun  kejuruteraan yang begitu banyak sekali bermain kira-kira dan memeningkan kepala. Malah, mungkin seorang genius yang mempunyai IQ tinggi diperlukan untuk menjadi pakar dalam bidang fizik, tapi mungkin tidak dalam perubatan. Tapi saya tak nafikan sesiapa sahaja yang kuat ingatannya akan mudah mempelajari ilmu perubatan.

Selain banyak menghafal, perlu banyak korbankan masa untuk kerja-kerja di hospital (jika sudah masuk praktikal, tahun tiga). Jika belajar di IPT tempatan, cuti-cuti memang sedikit, sedangkan peperiksaan pula sangat banyak dalam setahun.

Setelah tamat pengajian, belum boleh jadi doktor penuh lagi, tapi hanya boleh berkhidmat sebagai doktor pelatih (houseman) selama dua tahun. Saya kira bagi kebanyakan doktor, tempoh dua tahun ini adalah tempoh yang paling berat dalam kerjaya mereka sebagai doktor sebenarnya. Kerja setiap hari wajib bermula dari jam 8 pagi hingga 5.00 petang, sekurang-kurangnya. Jika ditugaskan kerja lebih masa (on-call), maka perlu kerja daripada pukul 8 pagi hinggalah 5 petang hari berikutnya (perlu bekerja 36 jam).

Alhamdulillah hari ini kerja doktor pelatih sudah semakin ringan kerana bilangan doktor semakin ramai, dalam sebulan pun mungkin secara puratanya ada 5-10 kali on-call. Mungkin nampak ringan jika dibaca di sini, tapi sebenarnya kerja sebagai doktor pelatih adalah sangat sibuk sekali. Mungkin saat paling teruk bagi doktor pelatih ialah semasa ditugaskan di wad bersalin nanti, lihatlah betapa kelam-kabutnya suasana menyambut bayi, apatah lagi sepertimana di sesetengah hospital setiap hari ada lebih 20 bayi perlu disambut.

Bukanlah saya hendak menakut-nakutkan adik-adik semua untuk tidak mengambil perubatan. Ini supaya nanti tidak ada kejutan budaya.  Jika hati adik memang kata ya, dan dah bertekad sangat untuk sanggup bersusah-payah, untuk sanggup mengorbankan masa dan tenaga, maka silakan mohon bidang perubatan. Jika dalam hati berniat untuk jadi doktor kerana ingin popular, ataupun pujian dan penghormatan orang ramai, maka itu adalah niat yang salah dan sama sekali tidak akan membantu untuk memotivasikan adik untuk studi dalam perubatan.

Jika niat adik ialah kerana memang ingin tolong orang sakit kerana Allah, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, maka itu adalah niat yang ikhlas dan baik.

Memetik kata-kata seorang pensyarah saya, dia hairan melihat mengapa ramai pelajar cemerlang ingin ke bidang perubatan, yang mana akhirnya mereka nanti hanya akan bekerja sebagai doktor daerah ataupun sekadar doktor sahaja.

Bukankah ada baiknya jika pelajar-pelajar cemerlang ini menceburi bidang-bidang penting lain supaya nanti kita dapat melahirkan pakar ekonomi, ulama’ besar, pakar biologi, pakar sosiologi dan berbagai-bagai lagi pakar yang lain. Mengapa hanya ingin menjadi pakar perubatan? Mana-mana bidang keilmuan pun, selagimana bermanfaat, adalah sama pentingnya, bukan hanya bidang perubatan.

Paling merugikan, negara kita masih ketinggalan berbanding negara barat dalam bidang R&D (research and development) kerana kekurangan pakar dalam bidang-bidang penting. Kita masih menanti rakyat Malaysia yang layak menerima anugerah Nobel, sedangkan saintis daripada negara Asia lain seperti Jepun sudahpun banyak kali menerimanya.

Persoalannya mengapa pelajar-pelajar lepasan SPM, terutamanya yang cemerlang, masih mahu ke bidang perubatan sahaja? Kenapa ibubapa masih sukakan anak-anak mereka masuk ke bidang perubatan sedangkan anaknya sendiri meminati bidang lain? Adakah benar ramai pelajar memilih untuk berada dalam bidang perubatan kerana minat yang mendalam, atau kerana berasa selesa dengan penghormatan dan sanjungan orang ramai terhadap mereka?

Ini adalah satu peringatan untuk diri saya dan seterusnya kepada semua. Semoga Allah bersihkan niat hati kita semua daripada ingin mengejar pujian manusia dan bekerja ikhlas untukNya semata-mata demi mengejar keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Semoga dia tabah

Wajah kanak-kanak itu sayu.

Umurnya baru menjangkau usia 4 tahun, tapi seolah-olah dia sudah mengerti perihal ujian malang yang menimpanya. Tahun lepas bapanya meninggal kerana komplikasi HIV. Dua tahun sudah ibunya juga telah meninggal kerana komplikasi HIV.

Malah kanak-kanak ini pun turut mempunyai virus HIV, diturunkan kepadanya melalui ibunya.

Setakat ini, tidak ada lagi penawar untuk menyembuhkan HIV. Melainkan jika Allah tidak mengkehendaki sunnatullahNya berlaku ke atas kanak-kanak ini, lambat laun sistem pertahanan badan kanak-kanak ini akan runtuh, menyebabkan dia berisiko tinggi untuk maut jika mendapat jangkitan pada organ-organ vital. Itulah satu mekanisme bagaimana jangkitan HIV akan membawa kepada kematian.

Demikianlah nasib seorang pesakit kanak-kanak, seorang pesakit saya ditugaskan untuk meneliti keadaannya.

Melihat keadaan dan ujian yang menimpa insan sebegini, hati saya jadi syukur, sedih dan terkilan.

Syukur kerana saya diberi nikmat oleh Allah dengan kesihatan dan rezeki yang cukup.

Sedih dan terkilan kerana saya ingin sangat membantu kanak-kanak ini namun apakan daya saya ketika ini, saya masih belajar lagi dan sumber kewangan pun kecil.

Semoga Allah memberikan saya dan kaum muslimin kekuatan untuk rajin berkorban membantu mereka yang memerlukan.

Ilmu berdiri atas bukti, bukan sahsiah penyampainya

Sebagai seorang pelajar perubatan, katakan saya didatangi oleh seorang orang awam yang tidak belajar atau berada dalam pengkhususan perubatan. Dia berhasrat ingin mengajar saya tentang ilmu perubatan.

Maka kewajiban saya sebagai seorang muslim dalam situasi ini ialah untuk mendengar dan meneliti ilmu yang sedang disampaikan tersebut. Jika ada buktinya, maka ia adalah benar, jadi saya mesti menerima ilmu tersebut, sekalipun saya memang khusus dalam perubatan dan orang yang mengajar saya itu pula bukanlah seorang yang khusus belajar atau bertauliah dalam ilmu perubatan.

Para pembaca sekalian, inilah tanggungjawab dan akhlak yang sepatutnya kita pegang dalam proses menuntut ilmu.

Benar, dari segi keutamaan, lebih afdhal untuk mencari ilmu daripada ahlinya sebab sepatutnya ini akan memudahkan kita untuk mendapat jawapan atas apa yang kita ingin tahu.

Tapi jika ada orang biasa ingin memberi ilmu kepada kita, kita wajar pasang telinga kita untuk mendengarnya juga, tapi jangan lupa untuk menganalisa kesahihannya. Sebab kadang-kadang walaupun secara puratanya orang awam mungkin tidak meluas ilmunya, boleh jadi dia arif dalam sesuatu hal kerana dia telah sibuk mengkaji tentangnya.

Anda perhatikan contoh ini, katakan ada seorang bapa mempunyai anak yang mempunyai penyakit Down Syndrome (sejenis penyakit genetik), dia mungkin telah mengetahui perihal penyakit itu dengan teliti kerana dia banyak belajar dan mengkaji tentangnya agar dia memahami keadaan anaknya, malah silap haribulan dia lebih arif tentang Down Syndrome berbanding doktor yang sedang merawat anaknya. Sekiranya si bapa ini ingin mengajar anda tentang Down Syndrome, bukankah dia boleh berkongsi maklumat yang sahih dan jelas tentang penyakit ini?

Jelaslah di sini, dalam penentuan kesahihan ilmu ialah bukan siapa yang mengajar, tapi APA yang diajar.

Sebab itu tidaklah salah untuk seorang doktor mendapat sesuatu ilmu perubatan daripada seorang tukang gunting rambut, asalkan ada disebut buktinya.

Seorang pakar kimia boleh belajar daripada seorang guru sejarah, asalkan ilmu itu sokongan bukti.

Samalah juga seorang ustaz boleh belajar ilmu agama daripada seorang penjual kuih, asalkan ilmu itu ada buktinya dalam Islam.

Malah, katakan ada seorang yang memang jelas kejahilan dan dia memang telah memberikan ilmu yang tidak tepat, salah untuk kita katakan kepadanya, “ilmu anda tidak tepat sebab anda jahil dan bodoh”. Tapi lebih sesuai jika kita katakan, “ilmu ini adalah tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana tiada buktinya”. Pendek kata, jangan tolak sesuatu ilmu kerana sahsiah penyampainya, tapi rujuklah dan nilailah kebenarannya dengan adanya bukti-bukti sahih.

Namun nasihat saya, selepas mendapat sesuatu ilmu daripada mana atau sesiapa pun, terutamanya jika kita ada keraguan tentang kebenarannya, adalah lebih baik untuk berdiskusi dengan mereka yang lebih pakar untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas. InsyaAllah.

Sekitar berbeza pendapat: baik atau buruk?

Lihatlah ragam manusia sekeliling anda, betapa banyaknya kita dapati berlaku perbezaan sikap, pendapat dan keinginan berlaku di kalangan mereka semua.

Namun dalam kebanyakan hal, kita tidak berpecah dan bermusuhan kerana perbezaan-perbezaan sebegini; kecuali jika ada pihak tertentu yang menjadi terlalu beremosi dengan pendiriannya sampai sanggup pula mengkritik pendirian orang lain yang sebenarnya tidak nampak mana salahnya.

Contohnya, setiap daripada kita suka makan berbagai-bagai makanan. Katakan ada satu pihak yang suka makan kari dan ada pihak yang lebih sukakan sup. Kemudian pihak yang suka makan sup tiba-tiba mencela pihak yang suka makan kari itu dengan dikatakan mereka sebagai golongan yang pelahap, maka terjadilah perselisihan antara dua pihak ini.

Jika anda renungi contoh -yang sebenarnya tidak logik- di atas ini, anda akan mendapati punca berlakunya perselisihan ini ialah sikap suka mencela orang lain atas perbezaan pendapat yang malangnya  berlaku atas sebab perbezaan yang berbentuk variasi kecenderungan individu semata-mata.

Ingin saya tegaskan, sekiranya perbezaan itu berbentuk variasi bukannya antara yang hak dan yang bathil, maka janganlah kita wujudkan sentimen kebencian terhadapnya. Sebenarnya banyak sekali orang yang bertelingkah atas perbezaan pendapat yang sebenarnya kedua-dua pendapat pun betul dan kita bebas memilih yang mana satu, samalah seperti sama ada nak makan kari atau sup.

Bezakan perbezaan variasi dan perbezaan yang bathil. Gunakan bukti dan akal untuk anda menganalisa segala bentuk perbezaan pendapat yang anda temui. Berhati-hatilah bila berbicara dalam berbeza pendapat sebab ini mudah mengundang perselisihan walaupun kita sebenarnya hanya tersilap menyusun ayat.

Sengaja saya selitkan di sini, bukanlah akhlak seorang muslim untuk mahu pendapat kita sentiasa menang dalam perbincangan, tapi akhlak kita ialah untuk mencari pendapat terbaik tanpa mengira dari mana pendapat itu datang. Inilah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat dalam berdiskusi.

Lawan bagi diskusi ialah debat, iaitu kita sentiasa mahukan pendapat kita sentiasa menang dan ini sudah tentu bukanlah satu kaedah yang sihat dalam menghadapi perbezaan pendapat yang berbentuk variasi. Tapi jika ini perbezaan untuk melawan pendapat yang jelas bathil, seperti berbeza pendapat dari segi aqidah antara umat Islam dan Kristian, maka debat merupakan kaedah yang lebih sesuai sebab kita tidak boleh berkompromi langsung dengan penyelewengan aqidah, kerana ia adalah isu pokok dan prinsip. Namun dalam perdebatan, budaya hormat-menghormati masih perlu diterapkan sebab akhlak Islami tetap perlu dijaga.

Berbeza pendapat dalam rumah tangga: satu contoh

Malah ingin saya katakan walau dalam rumahtangga sekalipun, ada baiknya suami dan isteri tidak selalu sependapat, selagimana bukan berbeza atas hal-hal yang pokok dan prinsip. Contohnya berbeza pendapat tentang bagaimana hendak uruskan kewangan keluarga, isu pendidikan anak-anak, masalah pekerjaan dan sebagainya. Selagimana hati masing-masing sedang lapang, mood sedang baik dan masing-masing gunakan akal rasional serta pandai mengawal emosi, ini akan membentuk perbezaan pendapat yang sihat dan bermanfaat sebenarnya untuk keluarga.

Mempunyai variasi pendapat antara suami dan isteri yang berminda positif akan mewujudkan diskusi sihat dalam keluarga. Malah satu budaya yang sihat dalam keluarga ialah selalu mengadakan mesyuarat keluarga. Setelah diskusi atau mesyuarat keluarga selesai, resolusi harus dicapai dan ini membolehkan setiap ahli keluarga lebih meluaskan fikrah mereka dalam menjalani cabaran kehidupan sehari-hari.

Saya khuatir sekiranya suami dan isteri selalu sependapat dalam segala hal dan menjadikan itu sebagai kemestian, maka jika tiba-tiba berlaku perbezaan pendapat silap haribulan boleh terjadi pertelingkahan dan sikap berkecil hati.

Tapi dari sisi yang lain, janganlah pula sampai suami dan isteri berbeza pendapat secara serba serbi, ini pun sudah tentu tidak boleh membawa kebahagiaan rumah tangga.

Kuncinya di sini ialah, berazamlah untuk si suami dan isteri selalu sependapat tapi jika tiba-tiba berlaku perbezaan pendapat (dalam hal-hal yang subjektif atau duniawi), jangan takut untuk melakukan perbincangan asalkan masing-masing sudi untuk menganalisa pendapat masing-masing dengan adil tanpa prejudis.

Perubahan perlu berfasa

Kita biasa terlihat dan terdengar ungkapan beberapa individu yang sedar bahawa dia pernah melakukan kesilapan.

Namun apabila dia ingin melakukan perubahan, dia memilih pendekatan yang begitu berat, lalu dia merasakan dia tidak mampu melakukannya. Maka timbullah mentaliti seperti “aku takkan boleh berubah” atau “aku memang tak baik”. Dia berputus asa.

Sebenarnya apa yang berlaku bukanlah dia tidak mampu berubah, tapi dia tidak realistik dalam melakukan perubahan.

Contohnya seorang pelajar yang dulunya malas belajar. Dia ingin berubah menjadi rajin tetapi dia berubah dengan berusaha belajar 5 jam sehari. Akhirnya dia merasakan hal itu susah dan menyebabkannya berandaian bahawa dia tak mungkin berubah daripada sikap malasnya.

Sepatutnya dalam melakukan perubahan, mulakan dengan perubahan yang mudah untuk dilakukan dahulu, kemudian tingkatkan sedikit demi sedikit.

Baik hendak berubah dari segi akhlak, kerajinan beramal, ingin kuruskan badan dan apa sahaja yang baik-baik, lakukanlah ia dengan beransur-ansur jika anda inginkan perubahan yang konsisten dan peningkatan prestasi hari demi hari.

Mahukah anda memiliki minda muslim?

Tentu anda sedar anda pernah berbuat dosa. Tapi pernahkah anda bermuhasabah kenapa anda sampai boleh melakukan dosa tersebut?

Apabila diri kita berkehendakkan berbuat sesuatu yang salah, maka itu terjadi kerana sebab berikut:

  1. Tidak tahu apa yang bakal dilakukan itu satu dosa (jahil)
  2. Menjadi alpa bahawa tindakan itu satu dosa
  3. Walaupun tahu itu satu dosa, tapi masih nak buat kerana memang dah bertekad untuk melakukannya (ikut bulat-bulat kehendak nafsu, hilang pertimbangan akal)

Pada perkiraan saya, seorang muslim akan susah melakukan dosa sekiranya dia benar-benar mempunyai minda muslim. Ini ialah minda yang berfikir atas landasan Islam, setiap masa dan ketika.

Bagaimana caranya agar minda kita menjadi minda Islamik?

Mudah sahaja.

(Analisa Keadaan) + (Kata Hati yang Baik) - (Kata Hati yang Buruk) + (Tindakan dan Niat Ikhlas) = Amal soleh

Dari pemikiran, lahirlah tindakan. Ini satu konsep yang penting. Sebab itu pemikiran perlulah cantik dan baik, barulah tindakannya juga cantik dan baik.

Setiap kali anda ingin melakukan sesuatu, sentiasa analisa dulu keadaan dan tindakan anda itu. Jadikan ini satu tabiat dan kebiasaan. Tanya diri anda sebelum membuat keputusan untuk bertindak, “apakah jika saya melakukan ini, Allah akan redha kepada saya? Apakah ada pilihan lain yang akan lebih diredhai dan diberkati Allah?”. Inilah apa yang dinamakan analisa, perkara pertama dalam rumus di atas.

Persamaan yang disebut pada tajuk memberikan gambaran asas konsep minda muslim.

Sebagai contoh, katakan azan baru berkemundang dan anda sedang berbaring. Ketika itu tanyalah diri (analisa), kemudian minda anda berkata “Tunaikan solat fardhu” (Kata hati yang baik), maka sahutlah seruan itu dan usaha untuk dirikan solat fardhu dengan segera. Kemudian sebelum anda mula solat, anda boleh analisa lagi keadaan tersebut. Tentu minta anda akan berkata “Solat di masjid lebih baik” (Kata hati yang baik). Jadi sahutlah seruan itu, bergegaslah ke masjid dan kejarlah solat berjemaah. (Amal soleh!)

Demikian juga tatkala hati anda berbelah bahagi hendak kutip sampah atau tidak, ikutlah kata hati untuk kutip sampah dan bencilah pilihan yang buruk itu. Andai hati kata ingin beri salam atau segan untuk beri salam di jalanan, ikutlah kata hati yang kata berilah salam walaupun terasa segan. Demikianlah untuk macam-macam lagi hal dalam kehidupan harian.

Kuncinya ketika anda mendengar satu suara dalam diri yang mengajak kepada sesuatu kebaikan, anda patuhlah ia. Suara yang buruk anda tolak jauh-jauh. Itulah baru dinamakan sebagai minda muslim yang berfungsi yang bakal melahirkan amal soleh, satu demi satu. MasyaAllah.

Ini mungkin nampak mudah. Tapi malangnya betapa ramainya daripada kita tidak mendengar kepada pujukan yang baik daripada minda, tapi kita memilih pula pilihan yang tidak disukai Allah. Kita tidak bertindak mengikut minda muslim, tapi mengikut ajakan hawa nafsu.

‘Reset’ fikiran

Selain itu, satu sifat lain minda muslim ini ialah adanya tuntutan untuk seseorang muslim supaya rajin-rajin me’reset’ fikirannya dengan mengingati Allah.

Dalam sehari macam-macam hal bermain dalam fikiran kita. Baik urusan pejabat, konflik hidup, kehendak jiwa dan sebagainya. Apabila fikiran penuh dengan hal-hal duniawi semata, anda boleh terlupa Allah. Bila terlupa Allah, anda akan dapati kata hati menjadi lebih cenderung kepada idea-idea keburukan daripada idea-idea kebaikan. Jika anda ingat Allah dan waspada akan penilaian Allah setiap masa, yang sebaliknya akan berlaku.

Sebab itu fikiran yang serabut berpotensi membawa kepada dosa.

Mereka yang sedang asyik bermaksiat, berjudi atau mengumpat tidak semestinya mereka tidak tahu hukum hal tersebut, tapi sebenarnya mereka alpa bahawa itu adalah satu dosa. Apa sebab alpa? Saya ulang, sebab tidak mengingati Allah pada waktu itu! Rasulullah s.a.w sendiri pernah berkata bahawa seorang yang mencuri tidak akan mencuri jika dia ingat Allah.

Sebab itu penting untuk direnungkan, berapa kali dalam sehari anda mengingati Allah? Adakah anda sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa mengawasi tindakan anda? Bahawa Allah tahu segala isi hati anda? Bahawa anda sentiasa dinilai?

Jika anda sentiasa sedar dan ingat Allah setiap masa, maka tahniah saya ucapkan. InsyaAllah anda akan dapati idea-idea untuk beramal menjadi banyak sedangkan idea-idea untuk bermaksiat sangat sedikit. Cukup mudah untuk anda termotivasi menuruti kehendak-kehendak yang baik ini. Semoga minda anda sentiasa berjalan seiiring dengan ketauhidan dan kepatuhan kepada Allah. Prinsip hidup anda akan menjadi “segala tindak-tandukku untuk Allah”. Cukup dengan rasa dilihat Allah dan kerana dahagakan rahmat dan redha Allah, tindakan anda akan menjadi tindakan yang baik-baik, banyaklah amal soleh anda nanti; semuanya berpaksikan ketaatan kepada Allah, insyaAllah.

Sementara fikiran mereka yang celaru ialah mereka yang fikirannya berpaksikan untuk hidupnya semata-mata dan keuntungan duniawi. Dalam minda mereka kurang atau tiada ingatan untuk Allah, inikan lagi keazaman untuk mencari redhaNya. Akibatnya tindakan mereka berorientasikan nikmat duniawi sebab di situlah letaknya cinta mereka.