Archive for July, 2008


Kalau tak wajib tak jalan

Sungguhpun kita dilarang mewajibkan apa yang tidak diwajibkan, itu bukanlah alasan untuk mengelak melakukan hal-hal kebaikan yang tidak wajib.

Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan.

Andaikata solat 5 waktu tidak wajib (sunat sahaja), adakah kita akan solat 5 waktu sehari semalam?

Andaikata puasa Ramadhan tidak sampai diwajibkan, adakah kita akan berpuasa sebulan penuh bulan Ramadhan?

Andaikata zakat tidak diwajibkan, apakah kita akan membayarnya?

Semua ini, walaupun sudah wajib, ada juga orang Islam yang tidak menunaikannya. Apatah lagi kalau-kalau ianya dilakukan dengan sukarela?

Sengaja saya menulis hal ini apabila memikirkan tabiat golongan segolongan muslim yang cukup memandang remeh semangat kesukarelawanan (volunterism). Ramai orang kita kalau kita tak suruh, atau tak wajibkan, maka tak jadi. Satu tabiat yang sangat mengecewakan, dan pastinya memalukan.

Bagi saya orang yang tidak suka kepada sikap menghulur tangan memberi bantuan secara sukarela ketika dia mampu, atau tidak mempunyai azam untuk melakukannya ketika tidak mampu, adalah orang yang mementingkan diri sendiri.

Bukankah itu benar? Apa sahaja yang akan memberi manfaat kepada dirinya, dia tidak keberatan untuk lakukan. Kalau manfaatnya untuk orang lain, dia malas sekali. Kadang-kadang berbagai alasan diberikan yang kalau difikir-fikirkan, sebenarnya itu hanyalah sekadar alasan. Sebenarnya saya lebih rela mendengar orang berkata "malas" daripada sikap suka berdalih-dalih.

Saya pernah melihat ramai orang yang sangat sibuk dengan urusan dan kewajiban, majoritinya golongan profesional, mampu menyempurnakan tugas mereka itu dengan sempurna. Mereka bijak sebab mereka membahagikan masa dengan efektif dan berdisiplin. Kemudian dengan ruang-ruang masa yang tinggal, mereka gunakan sepenuhnya untuk berkhidmat meninggikan nama Islam dan umat Islam. Mereka tidak pernah mengabaikan tenaga dan kemampuan yang mereka miliki selagi mereka masih hidup, untuk meraih redha Allah.

Melihat kesungguhan mereka ini merupakan satu tazkirah kepada saya. Saya menjadi malu untuk mengelak daripada membantu dalam sebarang program-program amal soleh jika diminta (kerana saya tiada alasan; sedangkan mereka yang jauh lebih sibuk daripada saya punyai masa, inikan saya?).

Contohnya saya, sebagai pelajar, wajib untuk belajar. Kemudian saya sedar belajar 4 jam sehari pun sudah terlebih banyak sebenarnya (jika saya cakap saya belajar minimum 4 jam sehari, pasti ramai orang akan ternganga kagum). Kemudian saya dapati saya punyai baki masa masih banyak, cukup untuk saya berbaring-baring dan berehat. Jadi bukankah baik jika saya kurangkan masa bersantai itu dengan hal-hal kebaikan? Bila saya berfikir beginilah saya sedar tidak patut untuk saya melarikan diri daripada berbakti kepada masyarakat.

Katakan saya gagal dalam belajar sebab aktif dengan aktiviti kesukarelawanan, maka salahnya ialah kerana saya kurang belajar, bukan sebab banyak beraktivitas. Sepatutnya dua kebaikan tidak akan bertembung. Bila belajar, belajar betul-betul dan rajin-rajin sehabis mungkin. Kemudian di masa lain (ketika bukan berada pada waktu belajar), maka kita gunakan untuk hal-hal bermanfaat seperti aktiviti kesukarelawanan.

Saya mengajak anda untuk berfikir sebegini juga. Cuba anda bahagikan masa anda dalam sehari dan dalam seminggu. Saya pasti anda akan punyai banyak slot-slot kosong, ataupun jika anda menafikan anda ada slot-slot kosong -yang berkemungkinan besar adalah alasan yang dibuat-buat- tidaklah sukar sebenarnya untuk anda menyelitkan sedikit sebanyak slot-slot untuk urusan kesukarelawanan (aktif dalam persatuan, menyertai program Islami dan sebagainya). Paling kurang, manfaatkan hujung minggu?

Kita punyai 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, apakah sukar sangat untuk meluangkan sedikit sahaja masa untuk hal-hal kebaikan yang memanfaatkan umat?

Sebab itu saya mengajak kita semua, di samping menjaga kewajiban dan dalam kesibukan kehidupan harian kita, kita azamkan diri untuk selalu cuba-cuba meluangkan dan mencelahkan diri untuk melakukan hal-hal sukarela yang berfaedah. Baik melalui NGO, persatuan ataupun secara individu, lakukanlah apa-apa yang patut.

Jadilah seorang role-player dalam kelompok umat ini. Tunjukkan peranan anda. Jangan hanya pentingkan diri sendiri. Banyakkan memberi, bukan menerima.

Hidup kita di dunia ini tak lama kan?

Tazkirah dari cabaran-cabaran baru

Setelah masuk ke tahun tiga pengajian perubatan, saya mendapati keadaan sudah semakin berbeza.

Daripada cara belajar sehinggalah berpakaian (kaum lelaki semakin bergaya kerana wajib ber’tie’, hehe), semuanya sudah berubah.

Jika dulu dalam dua tahun sebelum ini kami hanya sibuk menghafal fakta dan tak habis-habis dengan peperiksaan, sekarang pula perlu gunakan fakta-fakta tersebut (pun kalau masih ada dalam kepala kami), dan semestinya masih tak habis-habis dengan peperiksaan. Kami dinasihatkan -malah diperintahkan!- untuk rajin-rajin ke wad kerana kini "buku teks" kami yang paling utama kini ialah pesakit itu sendiri.

Kami mula menjelajah ke alam "seni perubatan" (art of medicine), daripada sains perubatan (science of medicine) yang kami telah tempuhi dua tahun sebelum ini.

Koreklah maklumat dari pesakit-pesakit tentang ciri-ciri penyakitnya, dan lihatlah sendiri semua tanda-tanda fizikal mahupun mental, dan kami takkan lupa lagi selepas itu, demikianlah kata beberapa orang pensyarah. Saya mula menyedari akan kebenaran kata-kata yang menyebut "kamu dengar dan kamu lupa, kamu lihat dan kamu ingat, kamu buat dan kamu faham".

Sambil saya cuba menikmati keindahan frasa itu, mood saya dirobek apabila ada pula pensyarah yang menambah: "kalau saya jerit dan marah kepada kamu, kamu lagi memang takkan lupa", dan dia berkata demikian dengan gembira dan senang hati (seolah-olah menggambarkan itu perkara biasa yang menyeronokkan). "Gulp", saya menelan air liur. Huhu.

Nampak gayanya kehidupan semakin sukar, baik fizikal mahupun mental. Tapi kata sesetengah doktor, ini baru permulaan, jika sudah mula bekerja sebagai doktor junior (house officer), lagilah teruk kerjanya. Bagi yang sudah montel, itulah masanya untuk menurunkan berat badan. Bagi yang kurus? Silap haribulan boleh disalahanggap terkena anorexia nervosa.

Semua cabaran-cabaran ini perlu dihadapi dengan tabah, kalau tidak sia-sialah segala usaha selama ini. Kadang-kadang terlintas juga fikiran: "patutlah kawan aku dulu tu tak mahu masuk perubatan, bijak bijak..", ketika saya terbaring memandang ceiling sambil fikiran melayang memikirkan masa depan.

"Semoga Allah permudahkan segala usaha". Amin.

Tapi daripada segenap perubahan-perubahan yang saya kira sebagai kejutan budaya (buat kali ketiga dalam hidup saya), satu perubahan yang betul-betul memberi impak kepada hati saya ialah tanggungjawab. Bergegar jiwa saya mengenangkannya.

Yalah, apabila kita masuk sendiri ke wad-wad, dan melihat sendiri pesakit-pesakit yang selama ini hanya dilihat melalui buku-buku teks, terdetik satu tazkirah besar ke dalam diri. Baru saya nampak tanggungjawab yang sebenarnya. Ini bukan kerana duit atau nama, tapi kerana mereka yang kita panggil sebagai pesakit. Tugas kami ialah berbakti kepada mereka. Ini salah satu kewajiban sebagai khalifah Allah.

Baru saya sedari jalan yang saya pilih selama ini, atas izin dan ketentuan Allah, adalah jalan yang penuh dengan risiko. Kita berurusan dengan nyawa manusia, dengan emosi manusia, dan sama sekali bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

Sebab itu saya semakin faham kenapa pensyarah-pensyarah boleh menjadi sangat menakutkan jika kami melakukan perkara-perkara yang salah. Malah kami berisiko untuk dimarahi jika tidak tahu jika ditanya.

Apabila kita memeriksa pesakit, bertanya itu dan ini, melihat itu dan ini (sekadar perlu ya), kita perlu sedar orang yang diperiksa adalah isteri kepada seorang lelaki yang kesedihan, mak kepada anak-anaknya yang kerinduan. Mungkin juga dia adalah seorang guru yang disayangi murid-muridnya. Tapi kerana sakit, dia terlantar di wad ini, tapi malangnya, menurut pengamatan saya, segenap keistimewaan yang ada pada insan yang sedang diuji Allah ini tidak berapa dihiraukan oleh kebanyakan mereka yang memakai kot-kot putih. Saya berharap anggapan saya ini salah.

Kemudian kami, sebagai pelajar-pelajar, perlu belajar tentang penyakitnya, dan membuat laporan kepada pensyarah-pensyarah kami. Kadang-kadang fikiran saya berkecamuk antara etika dan kewajiban belajar.

Jika inilah "buku teks" terbaru kami, maka inilah buku teks yang tidak boleh dibeli di pasaran, dan penjagaan adalah paling rapi dan teliti, lebih rapi daripada menjaga diri kami sendiri.

Gagal untuk sedar akan hal ini boleh menyebabkan seorang doktor bertukar menjadi seorang yang zalim dan penganiaya. Dia gagal melihat pesakitnya sebagai seorang manusia yang dalam kesukaran, bahkan pesakit itu dilihat sebagai objek dan bahan kajian semata-mata.

Semoga saya dapat meluruskan niat, dan berjaya dalam urusan ini. Bukan dunia yang diharapkan (tapi kalau dah datang nak buat macam mana kan.. :P), tapi redha Allah jauh lebih utama, demi kesejahteraan saya di dunia dan akhirat. Itulah doa saya.

To my friends, Let’s do our best! ^_^

Satu Pesanan

Salam alaik..

Hanya satu pesanan:

Perempuan Islam WAJIB bertudung. Menayangkan aurat hukumnya HARAM, berdosa!

Sekian, Wassalam.

^_^

Muslim first, others second?

Some of us may have heard of these sayings: "Muslim first, being a doctor second"; or "muslim first, being an engineer second"; you can put in any other jobs (that is halal, of course) that you like. Simply saying, there are some people who say being a muslim is always the top priority compared to anything else.

It’s true, but partly. I believe the statement need to be adjusted.

What do you think if I say, "muslim first, and none is second"?

"This is ridiculous", you might say, "when did Islam teaches us to abandon our worldly life"?

Before you can conclude to that point (which is a big misunderstanding), let me explain why I think to have the mindset of "being a muslim and others second" is not that correct. Then I hope you understand and practice the "being a muslim and none other" concept.

Okay, whenever we say "being a muslim and others second", actually and silently we are opening our minds to the dangerous idea of secularism: to separate the religion from the worldly life.

Always remember that being a muslim does not only mean performing your prayers,fasting and other forms of worship; but your job, family, business, social life and others, everything is about being a muslim. This is the concept that makes Islam to be so special when compared to any other religion.

So being a good doctor is the job of a muslim. Similarly being a very dedicated teacher is the responsibility of a muslim. Being a successful businessman is what a muslim should be as well. As muslims, we are obliged to be the khalifah of this world, in which our job is to make this world a good place to live. Leaders, engineers, teachers, doctors, office clerks, factory workers are all doing their jobs as khalifahs in their own ways, and these are true as long as they do it the Islamic way.

So clearly there’ s no separation between the worldly life and about being a muslim. Muslims should aim for success both in this world and the next one.

So, let’s be a muslim, and that’s just it. Nothing is second. Anything other is part of being a muslim.

By thinking and acting ISLAMICALLY in whatever we do, we are actually practicing this concept. When we talk, drive, doing our jobs, sleep, just practically anything that is halal: always ask ourselves, "is this the most correct way a muslim should do in this kind of situation?, is what I am doing is a good deed?, will Allah reward me for this?" or just any other question with that nature. Continuously reflect the fact that you are and always a muslim. May Allah bless you for being pious.

May this simple and humble advice be beneficial to us all.