Kesibukan……….
Tanggungjawab dan muslim adalah ibarat kuku dan isi. Semua daripada kita mempunyai kewajiban dan tanggungjawab sebagai hamba Allah 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, setiap masa, setiap detik.
Jika tiada tanggungjawab, maka kehidupan kita ibarat daun kering yang ditiup angin, tanpa tujuan, tanpa arah dan hala tuju. Sesat dan khayal. Macam kaum kafirun, serta seiapa sahaja yang telah tertipu dengan dunia.
Tapi kadang-kadang tanggungjawab itu boleh menjadi terlalu berat dan bertambah, apabila kita mendedahkan atau didedahkan kepada komitmen-komitmen yang penting, yang seringkali sukar untuk kita hindari.
Saya sendiri pun, seperti anda, mempunyai tanggungjawab. Cuma baru-baru ini tugas yang perlu saya lakukan semakin banyak. Sibuk. Subhanallah.
Semoga ini adalah rahmah dari Allah buat saya, supaya saya terlindung daripada amalan-amalan yang salah atau lalai tatkala saya dilanda kesenangan masa, supaya saya diberi peluang untuk beramal soleh dan diberi ganjaran atas setiap yang saya lakukan. Jadi doakan agar saya mampu menjalankan segala amanah dengan baik. Moga anda dan saya beruntung di dunia dan akhirat. Keuntungan berupa spiritual mahupun material, fizikal mahupun mental, kerja mahupun hasil, dan apa saja yang baik.
Benarlah kata-kata yang menyebut, "kalau tak ada kerja, cari kerja" -Supaya tiada masa untuk kelalaian. Sesungguhnya daripada kesibukan, kita mengharapkan ini, dan pasti hampir untuk mendapatkannya asal kita niatkan ikhlas kerana Allah. Insha Allah.
Wallahu a’lam.