Archive for June, 2007


Falsafah Kesederhanaan

Ada orang berkata: "Orang yang selalu ke masjid itu bersikap ekstrimis. Sewajarnya sekali-sekala saja kita ke masjid agar lebih bersederhana antara dunia dan akhirat."

Geli hati mendengarnya.
_________________________________________

Sebenarnya ungkapan di atas bukanlah suatu hal yang main-main, tetapi saya ketawa mendengarnya kerana mengenangkan betapa kasihannya orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Jelas sekali orang tersebut tidak faham konsep kesederhanaan yang ditekankan Islam. Malah saya turut meragui bagaimanakah orang tersebut menggunakan akal rasionalnya, kerana saya yakin ramai orang tidak berfikir seperti itu.

Langsung saya tercetus idea untuk menulis tentang isu ini. Kesederhanaan. Bagaimanakah pendekatan kesederhanaan yang  ditekankan oleh Islam?  Insha Allah  kita teroka bersama-sama.

Baik. Kesederhanaan hanya wujud jika ada dua ekstrim di kedua-dua hujungnya. Hujung kanan dan hujung kiri. Tanpa wujudnya kedua-dua ekstrim ini, maka istilah kesederhanaan dalam sesuatu isu adalah tidak logik dan tidak relevan.

Namun begitu, ramai orang yang keliru dalam mengenalpasti apakah  sebenarnya kstrim-ekstrim ini. Ada orang yang sewenang-wenangnya, menurut akal fikirannya yang goyah, sampai mengatakan satu hal yang sememangnya benar-benar baik sebagai satu ekstrim. Dalam contoh di atas, ada orang menyangka bahawa selalu pergi ke masjid itu adalah satu sikap ekstrim! Maka dia -dengan yakinnya- mengatakan bahawa kita haruslah tidak selalu ke masjid supaya lebih bersederhana. Ini jelas salah. Aduhai.

DImaksudkan dengan ekstrim ialah, jika dilakukan hal tersebut, yang buruknya lebih banyak dari yang baik. Contohnya, antara ekstrim pergaulan bebas dan ekstrim berkurung diri dalam rumah, antara ekstrim terlalu berjimat dengan ekstrim terlalu bermewah dan sebagainya. Dalam hal sebeginilah Islam mengambil jalan tengah, iaitu kesederhanaan, yang mana jika seseorang itu memilih untuk bersederhana maka dia akan memperoleh yang baik-baik sahaja daripada kedua-dua ekstrim tersebut, bukan keburukan kedua-duanya.

Kefahaman ini perlu jelas. Selalu pergi ke masjid, sebagai contoh, bukanlah satu ekstrim. Ini kerana hukum solat berjemaah di masjid merupakan sunnah mustahabbah, atau menurut sesetengah pendapat sampai-sampai wajib sahaja ke atas lelaki yang baligh untuk menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid. Pendapat-pendapat ini lahir setelah para ulama mengkaji tentang isu ini berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Pendek kata, tidak harus seseorang itu mendefinisikan ekstrim itu menurut sesuka hatinya. Ekstrim atau tidak, perlu dilihat daripada sisi pandangan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam sebahagian besar aspek-aspek dalam kehidupan, kuantiti adalah sukatan yang diukur apabila ingin menyatakan kesederhanaan. Tidak terlalu banyak, dan tidak terlalu sikit adalah definisi lain bagi sederhana. Dalam berkuantiti untuk sesuatu perkara, ambillah yang optimum. Jadi, optimum ialah pasangan bagi kuantiti. Saya berikan contoh, masa adalah suatu unit bagi kuantiti, maka oleh yang demikian perlulah seseorang itu mengoptimumkan masanya untuk bersukan, belajar, beribadah dan lain-lain aktiviti-aktiviti berfaedah.

Kualiti pula perlu dilihat daripada aspek yang berbeza berbanding kuantiti. Kualiti tidak mempunyai ekstrim kanan dan kiri, kerana isu kualiti hanya melibatkan persoalan-persoalan seperti "nak atau tak nak", "baik atau buruk" dan sebagainya, maka perlulah kita memilih kepada "nak" atau "baik" daripada "tak nak" atau "buruk". Jadi kesederhanaan tidak signifikan dalam penekanan kualiti. Kualiti memerlukan usaha yang maksimum dan komitmen yang tertinggi.

Maka, seseorang tidak boleh berkata: "Alah, aku baca Quran ni ala kadar sahaja sudahlah, sebab kita kena bersederhana dalam beribadah". Ini langsung salah; kerana yang dimaksudkan dengan bersederhana atau optimum dalam beribadah ialah dari aspek kuantiti, bukan kualiti. Sedangkan berusaha untuk membaca Al-Quran dengan bertajwid, lancar dan merenungi maknanya merupakan aspek kualiti dalam ibadah ini, dan ianya merupakan tuntutan yang penting dalam agama. Malah, dalam apa jua pekerjaan yang baik-baik pun, kita dituntut untuk memaksimumkan kualiti.

Kesimpulannya, kesederhanaan merujuk kepada kuantiti, bukan kualiti. Meninjau daripada aspek itqanul amal itu sendiri pula, kita mestilah optimum dalam kuantiti, dan maksimum dalam kualiti.

Demikianlah. Wallahu a’lam.

Jangan tuntut ilmu agama untuk tunjuk pandai

Masalah niat memang merupakan satu hal yang serius.

Ini kerana dengan niat yang salah, tiada bernilailah apa yang dilakukan di sisi Allah. Mungkin manfaat di dunia diperolehi, manfaat di akhirat terpinggir.

Oleh itu saya ingin menasihati diri saya, dan diri kawan-kawan saya yang cenderung kepada aktiviti ilmiah dan dakwah Islamiah, supaya meluruskan niat kita dalam segala tindak-tanduk kita.

Ini kerana saya mendapati kadang-kadang sikap sesetengah aktivis Islam golongan muda yang terlalu asyik dengan semangatnya, boleh mendatangkan lebih banyak masalah daripada manfaat.

Tuntutlah ilmu agama, sama ada menghadiri kuliah-kuliah mahupun membaca buku-buku agama (selagimana isi kandungannya serasi dengan kemampuan kefahaman kita). Tidak salah untuk kita menyebarkan apa yang telah anda pelajari tentang Islam, baik sedikit mahupun banyak. Tiada salahnya juga untuk kita quote ayat Quran dan hadith untuk renungan bersama. Bukankah ini semua hal-hal yang positif? Sebagai usaha kita untuk berdakwah dan berkongsi keindahan agama ini dengan orang lain.

Sungguhpun setiap orang boleh memberi pandangannya masing-masing, tapi bukanlah dengan sewenang-wenangnya. Perlulah semua orang ingat bahawa pandangan-pandangan kita tidak dapat lari daripada kesilapan. Jadi, teguran atau pembetulan ilmiah harus diterima dengan hati yang terbuka.

Saya ingin mengingatkan bahawa ilmu Islam tidak boleh diambil mudah. Jika ilmu dunia ini, kita bebas berkata-kata dan mengeluarkan pendapat kita tentangnya, dan jika tersalah, implikasinya hanya di dunia, tidak seperti ilmu Islam. Ilmu tentang syariat Islam ini tertegak melalui wahyu Allah, jadi tidak sewajarnya kita -tanpa memahami sesuatu isu agama dengan betul- menggelar pandangan peribadi yang kita lontarkan sebagai syariat Islam yang tulen. Dengan berkata demikian bermakna kita sedang berfatwa!

Sedangkan jalan terbaik ialah dengan membiarkan orang lain faham bahawa anda berpendapat, bukan berfatwa. Bagaimana ya?

 

Anda boleh berkata: "apa yang diutarakan merupakan pendapat peribadi berdasarkan ilmu dan kefahaman yang saya ada tentang agama ini, dan saya tidak terlepas dari salah dan silap". Maka dengan perakuan itu bererti kita akan tertakluk kepada teguran dan pembetulan, dan kita juga terlepas tanggungjawab daripada dakwaan mereka-reka syariat jika pendapat yang kita lontarkan itu terbukti kesalahannya. Ini kerana kita sudah beritahu awal-awal bahawa kita berniat hanya untuk menyampaikan apa yang baik-baik,  malah perbuatan ini dituntut, tetapi pada masa yang sama kita sedar kemampuan kita yang terhad sebagai manusia biasa tidak dapat menjamin bahawa apa yang disampaikan itu sentiasa betul.

Apakah benar jika dikatakan bahawa, kita langsung tidak dibenarkan berdakwah atau menyebarkan ilmu Islam, selagimana kita masih belum menguasai sepenuhnya ilmu tersebut?

Tidak. Sampai ke mati pun ilmu sesuatu perkara tidak akan habis dipelajari. Konsep yang perlu dipegang bagi setiap pendakwah ialah menyampaikan hanya sekadar apa yang dia fahami atau tahu, dan tidak menyampaikan apa yang dia tidak tahu. Sekiranya hari ini dia belajar tentang sesuatu pelajaran berguna, maka dia boleh saja untuk terus boleh menyampaikan ilmu tersebut itu kepada kawannya, sungguhpun bahagian yang baru dipelajarinya hanyalah 1/100 daripada keseluruhan ilmu dalam bidang tersebut.

Terdapat golongan yang terlalu berhati-hati dan keras, sehinggakan mereka melarang langsung golongan bukan agamawan untuk berdakwah. Bagi mereka, hanya golongan ustaz-ustaz boleh berdakwah, dan orang-orang Islam kebiasaan langsung dilarang untuk melakukannya.

Ada juga golongan yang terlalu longgar, semua orang boleh saja berfatwa dan mempersoalkan hukum-hakam agama ini. Akibatnya agama diselewengkan, sepertimana yang dilakukan oleh golongan Islam liberal dan tarikat-tarikat kesufian yang sesat.

Jelas kedua-dua ekstrim ini silap.

Terbukti dengan begitu jelas dan terang- benderang melalui Al-Quran, hadith-hadith dan sirah nabi sendiri, betapa semua muslim wajib menyebarkan agama ini, tak kira apa jua status mereka, tua atau muda, perempuan atau lelaki, ustaz ataupun tidak.

Pernah suatu ketika saya berbual dengan seorang ustaz, yang berasal daripada Indonesia. Ketika itu saya mengkritik PLKN kerana di dalamnya terdapat banyak percampuran lelaki wanita yang tidak Islamik, dan saya berpendapat ianya haruslah dihentikan. Lalu ustaz itu memberi respon yang begitu baik dan begitu rasional, beliau berkata (lebih kurang begini)  "daripada kita mahu menghentikan program ini, apa kata kita bantu mereka agar kesilapan dibaiki?". Ini kerana, jika diperhatikan, PLKN memang adalah satu program dengan motif yang baik, cuma ada sesetengah aspeknya yang tidak selari dengan syariat Islam. Jadi bukankah lebih baik jika kita biarkan program itu berjalan, dan pada masa yang sama kita bantu untuk membaiki kesilapannya?

Demikianlah juga dalam isu dakwah yang saya sedang perkatakan ini! Kita harus renungkan hal ini baik-baik. Sememangnya berdakwah itu suatu yang baik, tapi kita akui risiko untuk tersilap lebih tinggi di kalangan orang awam daripada agamawan. Jadi di sini penyelesaian yang akan menggembirakan semua orang bukanlah dengan melarang langsung orang awam daripada berdakwah, tetapi sebaliknya golongan agamawan harus aktif melakukan koreksi kepada orang awam di samping terus menggalakkan mereka untuk giat berdakwah. Golongan agamawan sejati akan berkata kepada aktivis dakwah orang awam: "silakan dan teruskan usaha dakwah anda, I got your back, jika tersilap saya akan tegur, insha Allah".

Berdakwah adalah tugas mulia, jadi semua orang wajar merebut peluang untuk melakukan perbuatan mulia ini demi mencari redha Allah, selagimana hayat dikandung badan. Rugilah orang Islam jika kita melarang mereka daripada berdakwah untuk menyampaikan dan menyebarkan agama ini.

Namun, saya ulang poin saya tadi, ini tidaklah bermakna seseorang itu boleh berdakwah sesuka-hatinya, terutamanya apabila tuntutan tanggungjawab ilmiah itu tidak dapat ditampungnya. Maksudnya, sebagai contoh, jika tidak tahu ilmu tafsir jangan sibuk menafsir sesuatu ayat membuta tuli, atau jika tidak tahu hukum fiqh tentang sesuatu hal, jangan pula direka-reka hukum bagi masalah tersebut.  Jangan memandai-mandai sehingga sanggup berfatwa. Malah masalah ini semakin meruncing apabila ada yang beremosi dalam berhujah sampai tidak hormat kepada orang lain kerana berbeza pendapat. Jelas ini bukan sikap seorang muslim atau pendakwah yang baik. Kita hanya menyampaikan apa yang diyakini haq, untuk mengajak manusia kepada mentaati Allah.

Jadi penyelesaian terbaik, ialah mengambil jalan tengah antara sikap terlalu keras dan sikap terlalu longgar. Bersederhanalah.

Akhiran, pesanan saya kepada para penulis blog penulisan ilmiah/Islamiah:

Berhati-hati semasa anda menulis. Pastikan niat anda menulis adalah kerana ingin menyebarkan, bukan untuk menunjukkan kefaqihan anda tentang agama. Pastikan anda tidak taksub kepada mana-mana puak atau pemikiran. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai piawai sebelum mengamalkan sesuatu ilmu, dan hujah-hujah para ulama’ yang ahli dalam bidang berkaitan sebagai pembimbing. Rujuklah pakar-pakar agama bagi setiap kemusykilan berkaitan. Semoga ilmu anda stabil dan kukuh, supaya anda bertambah yakin bahawa apa yang anda sebarkan itu sememangnya sesuatu yang haq daripada agama ini.

Wallahu a’lam.

A self-reminder, yet for all

It is nearly 2.30 in the morning….

….yet I am still not feeling sleepy.

The night is very quiet.

This beautiful nasyeed I am listening right now really inspired me. Yeah, how could it wouldn’t? I even named this playlist "for the sick soul", in which I collected various nasyeeds that I think can calm my problematic soul.

Yeah, my soul need some rest. The world has totally over me.

You know, there are times when you feel that your iman wasn’t there when you really need it. But then sometimes you have your iman very strong at times when the temptations are less. I said to myself, is this a test from Allah?

"O Allah, I humbly beg Your guidance on this. O Lord, it’s hard!"

You know sometimes when you do your tawbah (taubat), and swear to Allah that you will be a very serious muslim/muslimah this time, but later you end up doing the same mistake again. The process happen again and again, like a cycle. You cried and cried, but then the new enlighting spirit just won’t glue on to your heart. Does this ever happen to you?

Yeah, it happened to me. But my crying is little, and I regret that. I believe you cried more than me. Perhaps I should cry because I don’t cry?

Teach me please, how to cry because of Allah, as often as possible?

Sometimes I got fed up with myself. I angered to myself. I said to myself "you’re an idiot, stupid, a complete loser, a disobeying servant". Sometimes I even feel like punching my own face, but of course I held it up after realizing this act is forbidden in Islam. So I sat down and relaxed, rethinking about myself, and later on I realize by just expressing these self-criticism wouldn’t do any good after all. The Quran says people with sick souls need to perform tawbah, and do good deeds. Allah will never get bored of listening to me as long as I do not get bored of complaining and expressing my problems to Him.

"O Allah. I love you so much. Please forgive me. I always wronged myself!"

I don’t know, and only Allah knows, is my death near? How am I preparing? How much of my tears have fallen for fear that I might be a hell occupant? Oh, how ignorant have I become.

Again, remembering those make me feel closer to Him again…

….but then shaytan strikes me back. Damn it.

If only I could see shaytan, or if my own nafs appear physically, I promised myself that I would surely punch and hit them real good. I will torture them real bad that they would beg at my legs to stop, and you know what, I will not stop doing it. But, those are just abstracts of my mind. Those aren’t real. It’s just a dream, my fantasy.

Fighting the shaytan and nafs require us to understand the reality of reality. Yeah, the Quran speaks the truth: the world is nothing more than a play. It is full of tricks that can make you stumble from achieving success for the afterlife. The world is a heaven for losers. It’s for losers!!!

I don’t want to be losers. I believe you don’t too. Nobody wants to be a loser. Then come on now, my brother, bring on that Quran. Let’s recite it together.

Okay. alright, now I am waking up.

Hehe, yeah I don’t quite sure what am I writing about. Well I simply let my mind and heart have some discussion together, and let my physical body writing it. Yeah, from what I have browsed through of myself, I think my soul is sick after all. Astaghfirullah..

"Allah, my Lord, please cure my soul, make it shine again, bright."

Perhaps the time factor made me write this way. Hope this muhasabah could help us to figure out our path to have successful-blessed life, Islam-style.

See you in jannah okay, insha Allah.

Wassalam

Tentang Aspirasi 2007 (Khusus untuk samurians dan ex-samurians)

Kembali ke sekolah lama sememangnya mengingatkan saya tentang memori silam di sekolah ini. Benarlah, dan itulah antara sebab mengapa saya asyik ingin berkunjung kembali ke sini, bagi memberikan sumbangan saya untuk pembangunan pelajar-pelajarnya mahupun sekolah itu sendiri.

Baru-baru ini saya datang kembali ke sekolah ini, untuk menyertai program Aspirasi 2007, iaitu suatu program motivasi yang memang diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah ini setiap tahun yang dianjurkan oleh persatuan bekas pelajar (Alumni). Saya terlibat sebagai fasilitator untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Ini adalah kali ke-3 saya terlibat untuk program motivasi di sekolah sebagai fasilitator. Adalah diharap sekurang-kurang inilah cara saya
mengekspresikan kesyukuran saya kepada Allah kerana pernah belajar di
situ dan juga mengekspresikan perasaan terima kasih kepada pihak
sekolah. Alhamdulillah.

Pelajar-pelajar yang terlibat menunjukkan toleransi yang baik terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, ini adalah suatu yang baik. Alhamdulillah.

Keadaan di sekolah ada sedikit perubahan, berbanding zaman saya dahulu, iaitu 4-5 tahun yang lepas. Makanan di dewan makan sudah lebih sedap, mesin basuh sangat banyak, malah siaran astro pun ada. Beruntungnya pelajar-pelajar SAMURA hari ini..

Prestasi akademik dan kokurikulum pun meningkat dengan drastik. Dari segi akademik sudah dua kali berturut-turut sekolah ini menjadi SBP terbaik negeri Johor bagi keputusan SPM, dan menduduki Top 10 SBP satu Malaysia. Dari segi kokurikulum pula, menurut kata pengetua, begitu banyak pertandingan yang telah dimenangi oleh sekolah ini baik di peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Ini adalah satu pencapaian yang hebat, sebagai satu rahmat dan nikmat Allah yang sangat patut disyukuri.

Namun begitu, saya agak kecewa melihat prestasi disiplin kerohanian. Saya menyarankan agar ia diperbaiki dan diambil serius. Antaranya ialah tentang pelajar perempuan yang tidak memakai stokin. Zaman saya dahulu pelajar perempuan diwajibkan memakai stokin, dan tiada siapa yang mengadu, kerana ianya wajib sebagai satu peraturan. Tapi sekarang tidak lagi. Ini adalah suatu masalah yang serius, kerana kita semua jelas dalam Islam bahawa kaki wanita adalah aurat, menurut pendapat yang mahsyur. Saya tidak menyalahkan sesiapa, dan faham bahawa keadaan boleh berubah dan kesilapan adalah suatu yang lazim bagi manusia, tapi saya tidak suka jika keadaan itu berlarutan tanpa ada sebarang usaha untuk membetulkannya.

Walau apapun, datang semula ke sekolah itu memang menyegarkan hati saya. Setiap sudut di sekolah itu yang saya kunjungi, saya teringat perkara-perkara yang pernah berlaku di situ. Daripada melakukan persembahan nasyid di atas pentas sehinggalah kepada tidur bermalam di dalam kelas. Pahit dan manis, semuanya ada. Walau apapun, in the end, semuanya manis-manis sahaja, kerana hasil yang saya raih daripada sekolah itu pun manis juga. Alhamdulillah, ini semua nikmat Allah.

Di sinilah platform sebenar saya untuk mula berpijak ke tahap yang lebih tinggi. Di sinilah saya mula belajar hidup sendiri-sendiri, inilah sekolah yang telah mengajar saya nilai-nilai yang baik, dan inilah sekolah pertama yang mendedahkan dan menguatkan aspek-aspek kerohanian dalam kehidupan saya.

Jika ada orang yang menjadi serius dengan Islam melalui perkahwinan, pekerjaan atau apa saja, saya pula mula menjadi lebih serius dengan Islam semasa belajar di sekolah ini. Sesungguhnya nikmat yang paling besar adalah keimanan dan Islam, sedangkan musibah terbesar adalah kekufuran. Saya bersyukur kepada Allah kerana menunjukkan saya jalan ini, dan saya berharap sangat saya dapat istiqamah untuk kekal di bawah cahaya Islam, menuju kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat.

Saya katakan kepada ahli kumpulan saya dalam program tersebut, betapa jangan disia-siakan peluang yang ada. Bersekolah berasrama penuh bukannya mengongkong, tetapi membataskan, agar yang penting diutamakan dan yang tidak penting diketepikan dahulu. Mentaliti bahawa sekolah berasrama penuh menyekat kebebasan perlu diubah. Peraturan ketat itu bertujuan mendidik, bukan memusnahkan. Saya telah mengharunginya dan ternyata ianya begitu membantu saya dalam proses yang seterusnya. Kini saya meneruskan perjuangan menuntut ilmu di peringkat universiti, tetapi saya tidak akan lupa bahawa segalanya bermula di SAMURA.

Alhamdulillahi rabbil a’lamin!

Wallahu a’lam.

It’s been a long way, insha Allah it is time for moojaheed.com

Assalamua’laikum.

Ini adalah post yang ke 83 dalam segala penulisan yang telah diterbitkan dalam blog friendster ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan saya kekuatan untuk menulis sampai ke hari ini. La haula wala quwwata illa billah!

Saya sangat berharap apa yang telah ditulis selama ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan semua yang membacanya. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak dapat lari daripada kesilapan, oleh itu sila-silalah berfikir dahulu sebelum beramal. Andaikata saya memang jelas tersilap, sila betulkan kesilapan saya itu.

Menulis hanya di blog friendster ini ternyata banyak kurangnya, saya sendiri akui. Lalu seorang kawan saya yang baik -juga seorang pembina laman web- telah menyarankan saya agar menubuhkan satu laman web sendiri sebagai wadah untuk menyebarkan hal-hal ilmiah atau hal-hal yang bermanfaat, tentang hal akhirat mahupun dunia. Beliau telah membantu saya untuk mendaftarkan domain moojaheed.com, dan mengajar saya sedikit sebanyak tentang pengurusan laman web. Alhamdulilah, semoga Allah merahmati beliau.

Jadi kini saya sedang dalam proses untuk menyiapkan laman web sendiri dengan domain moojaheed.com. Sungguhpun nama laman web tersebut adalah bersempena dengan nama pena saya, saya tidak menganggap ianya sebagai 100% website peribadi. Saya mengajak sesiapa sahaja yang minat menulis artikel, ataupun ingin turut terlibat dalam pembangunan website ilmiah ini, supaya menghubungi saya.

Moojaheed.com adalah laman web yang berteraskan perkongsian nilai-nilai Islamiah samada artikel, video, lagu-lagu, rekaan grafik dan poster, ebooks, koleksi gambar-gambar dan apa saja hal-hal yang baik selagi ianya mampu ditampung oleh bandwith laman ini.

Mungkin laman web seperti ini sudah banyak diwujudkan, namun itu tidak bermakna moojaheed.com tidak perlu ditubuhkan. Apa salahnya kita mengkayakan dan membanyakkan lagi laman-laman web yang bercorak ilmiah sebegini. Insha Allah, dan semoga Allah merahmati usaha ini.

Laman web ini masih dalam pembinaan, jadi sesiapa yang mahu membantu atau menyumbang apa-apa silakan berbuat demikian kerana sekarang masa yang sangat baik. Saya khuatir kalaulah suatu hari nanti laman web ini aktif dikunjungi, ianya akan perlu sentiasa dipantau dan diperbaiki dari semasa ke semasa, sedangkan saya ketika mungkin sedang sibuk dengan pelajaran. Jadi, jika ada tenaga yang ingin membantu usaha ini, saya amat berterima kasih.

Semoga Allah meredhai usaha ini, dan semoga usaha ini memberi hasil yang baik! Amin.

Wallahu a’lam.

Apabila tengah bengang…

Pernahkah anda mengalami peristiwa di mana apa yang anda lakukan diremehkan orang ataupun diperbodoh-bodohkan? Ataupun anda sudah bersusah-payah belajar, namun keputusan peperiksaan begitu teruk, lalu orang ramai menyangka anda malas belajar?

Haa.. geram tak??

Itu merupakan antara contoh-contoh keadaan yang mampu mendatangkan rasa bengang pada diri seseorang. Kenapa saya ingin berbincang tentang hal bengang ini? Kerana jika kita seorang yang tidak mudah bengang,  itu membuktikan kita adalah orang yang kuat dan matang, mempunyai kesabaran yang tinggi, akhlak yang baik dan emosi yang stabil.

Mari rujuk sejarah. Rasulullah s.a.w berjaya dalam dakwahnya dan misinya, dan antara kunci kejayaan baginda ialah baginda bersikap pemaaf dan penyabar. Baginda bukannya orang yang jenis mudah bengang atau makan dalam. Lihatlah bagaimana baginda bersabar atas sikap biadap kafir Quraisy, malah memaafkan mereka semasa peristiwa pembukaan kota Makkah? Sikap toleransi luar biasa ini menyebabkan orang-orang kafir ini menjadi sangat kagum dengan akhlak beaginda lalu semakin maraklah Islam itu tersebar.

Ertinya, dengan berjaya mengawal perasaan bengang, itu menunjukkan anda mempunyai akhlak yang baik dan akan mudah mencari kawan.

Orang yang selalu menurut "kebengangannya" selalu akan tewas akhirnya. Mereka bertindak ikut emosi, dan hasilnya, tindakannya yang dihasilkan adalah bodoh dan hanya memberi kesan yang buruk. Orang yang baik sentiasa bertindak mengikut akalnya yang bersih, bukannya emosi.

Kini, mari kita berbincang sedikit aspek tentang berdakwah dan sikap bengang.

Pendakwah yang bagus harus mampu mengawal sikap bengangnya, kerana jika dibiarkan sikap bengang mengalir dalam dirinya, maka emosi akan mengambil alih dan seterusnya tindakan bodoh akan dilakukan. Akibatnya, bukan dakwah yang hendak disampaikan, tetapi mesej si pendakwah tersebut bertukar menjadi kata-kata yang penuh dengan kebencian dan kemarahan!

Contohnya, sila pergi ke youtube.com dan carilah video-video tentang Islam. Kemudian anda akan dapati dalam ruangan komen untuk video tersebut pasti ada kutukan-kutukan menghina daripada golongan pembenci Islam. Jika anda mengikut sikap bengang anda dan membalas kutukan-kutukan itu dengan kutukan yang lain, maka kemelut dan sikap permusuhan itu akan berpanjangan, malah makin meruncing.

Sewajarnya, bila terdapat golongan non-muslim menghina agama kita, jawablah dengan sabar dan sopan, kerana mereka tidak faham sebagaimana kita faham tentang agama ini. Mereka hanya faham Islam melalui media mereka, yang tentu sekali berat sebelah dan berpaksikan mentaliti sekularisme barat. Punyailah sikap kasihan terhadap mereka, bukannya benci.  Inilah kunci untuk membentuk niat yang betul untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam, walaupun mereka bersikap anti-Islam.

Jadi, tekniknya adalah sama ada tak perlu layan sikap biadap mereka, ataupun kita berdialog dengan sopan dan sabar, dengan memastikan sikap bengang kita tidak menguasai diri kita semasa berhujah.

Sama-samalah kita belajar untuk tidak lekas ambil hati jika dikeji. Kita juga janganlah cepat mengeji atau meremehkan orang lain. Sesungguhnya dengan akhlak yang baik, Allah akan mengasihi kita.

Wallahu a’lam

Aduhai Driver Malaysia..

Biasalah, bila tiba musim cuti, memang saya ada banyak peluang bersiar-siar dengan memandu.

Tapi kadang-kadang mood yang baik untuk bersiar-siar boleh bertukar menjadi fed up gara-gara menghadapi (bahkan melihat) gaya dan aksi pemandu Malaysia di atas jalan raya. Tidak hairanlah WHO menyatakan kes-kes MVA (Motor Vehicle Accident) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Kadang-kadang saya jadi gerun nak memandu, apatah lagi saya sering memandu di kawasan Lembah Kelang yang sibuk itu, kerana di kawasan inilah menurut ramai orang sering terdapat pemandu-pemandu yang agresif.

Kenapa ini, bukankah rakyat Malaysia dikatakan sebagai warga yang bersopan santun dan lemah-lembut? Ya, itu benar. tetapi sikap ini seolah-olah berubah dengan drastik tatkala orang-orang yang ‘lemah-lembut’ berada di atas jalan raya.

Teringat saya ketika dalam lawatan melancong ke Medan di Indonesia beberapa bulan yang lepas. Terdapat signboard yang tertulis "Orang Beriman Tidak Akan Langgar Lampu Merah". Saya ketawa kecil, dan saya akui benarlah kata-kata signboard itu. Ya, orang beriman tidak akan langgar lampu merah!

Betapa masyarakat muslim kita begitu mengambil mudah tentang urusan keselamatan dan undang-undang ketika di atas jalan raya. Sedangkan mematuhi hal sedemikian sudah tentu merupakan satu tuntutan Islam. Terdapat hadith yang menyebut:

"Jangan membahaya dan dibahayakan" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Al-Albani dan lainnya)

Alangkah cantiknya hadith ini dalam menjelaskan tentang memandu dengan selamat di atas jalan raya. Benarlah, orang beriman tidak akan langgar lampu merah!

Saya ada mendengar satu cerita tentang sikap pemandu kereta di Korea. Sebuah kereta dipandu di jalan dua hala. Kemudian, pemandu kereta tersebut tiba-tiaba berhenti dan bercadang untuk membuat pusingan U di tengah-tengah jalan. Menariknya, pemandu-pemandu di belakang kereta tersebut langsung berhenti dan beratur, tanpa membunyikan sebarang hon. Selepas kereta tersebut berjaya membuat pusing U di tengah-tengah jalan dua hala tersebut, barulah trafik bergerak seperti biasa. Toleransi yang menakjubkan!

Bagi yang pernah ke Indonesia, tentunya pengalaman menaiki kenderaan bersama pemandu warga Indonesia di sana merupakan satu pengalaman yang mengerikan. Manakan tidak, apabila dilihat jalan dua hala menjadi tiga hala, dan motor-motor terus sahaja meredah rumput-rumput sebagai shortcut untuk mengelakkan kesesakan trafik, dan juga kenderaan memotong kereta di jalan dua hala sedangkan kenderaan daripada arah bertentangan hanyalah beberapa meter jauhnya. Dari segi disiplin pemandu, saya akui memang contoh ini tidak baik. Tapi apa yang menariknya ialah, sungguhpun rata-rata pemandu yang saya lihat ketika di Indonesia
mempunyai tabiat begitu, mereka langsung tidak memarahi ataupun menyumpah antara satu sama lain. Toleransi yang hebat wujud sesama mereka.

Bukanlah saya hendak merendah-rendahkan pemandu Malaysia. Cuma saya mahu mengatakan satu kebenaran, bahawa memang perlu diakui ramai pemandu Malaysia ini tidak mempunyai etika pemanduan yang baik dan tidak mencerminkan masyarakat mentaliti kelas tinggi. Berperangai seperti budak kecil yang tidak matang, begitu mudah panas baran dan asyik nak mengamuk kalau berlaku kemalangan kecil. Sekiranya akhlak dan mentaliti pemandu kita dibiarkan begini, status negara kita sebagai ‘negara Islam’ layak dipertikaikan.

Kesimpulannya, jangan ingat memandu di jalan raya dengan berdisiplin dan selamat tidak termasuk sebahagian daripada agama Islam. Islam agama yang sempurna dan ajarannya merangkumi segala aspek. Jangan mensekularkan agama ini, dengan menganggap Islam hanya ketika di atas tikar sejadah, kenduri-kenduri, majlis nikah ataupun kematian. Sesiapa yang menganggap memandu dengan selamat bukan daripada ajaran Islam, sila selidik kembali status syahadah anda dan hayatilah Islam betul-betul agar anda tidak terpesong sekali lagi.

Wallahu a’lam.

Tentang muslim/muslimah sejati…

Assalamua’laikum. Kita semua boleh dan patut cuba untuk menjadi muslim/muslimah yang sejati. Mungkin garis panduan di bawah dapat membantu, insha Allah!

1. Solat:

· Tepat pada waktu

· Berjemaah

· Khusyuk

· Gigihkan solat sunat

· Biasakan Qiamulail

· Tidak tergesa-gesa ketika solat

· Suci dan dengan pakaian yang baik

 

2. Al-Quran:

· Kerap membacanya

· Suka mendengar bacaannya

· Usaha memahami maksudnyanya

· Usaha menghafalnya

· Amalkan isi kandungannya

· Sebagai bacaan kegemaran setiap masa dan di mana saja

 

3. Waktu lapang:

· Tunaikan tugasan dan tanggungjawab

· Beribadah

· Membaca bahan ilmiah dan apa-apa yang
baik

· Bersenam

· Melakukan amal soleh (apa saja)

 

4. Pergaulan:

· Lemah lembut dan banyakkan sabar

· Merendah diri

· Hanya cakap yang baik-baik dan perlu saja

· Banyakkan senyuman

· Lelaki lebihkan berhati-hati apabila berkomunikasi dengan wanita

· Saling nasihat-menasihati

· Jauhkan pertelingkahan

· Jauhi sikap beremosi

· Terima teguran dengan hati terbuka

 

5. Bekerja atau
ketika menjalankan apa jua tugas:

· Mempunyai matlamat dan perancangan yang baik

· Tidak membazir masa

· Gigih dalam berusaha

· Tidak berputus asa jika gagal

· Bersyukur jika berjaya

 

6. Penampilan:

· Kemas

· Sedap dipandang mata (tapi tidak melampau-lampau)

· Bersih dan sentiasa menjaga kebersihan

· Pakaian kena dengan tempat

 

7. Keutamaan:

· Utamakan yang wajib daripada yang sunnah

· Utamakan pekerjaan yang lebih besar faedahnya daripada yang lebih kecil
faedahnya

· Utamakan kepentingan umat daripada kepentingan diri sendiri

· Utamakan urusan agama daripada urusan dunia

· Utamakan tanggungjawab daripada hal-hal sampingan

 

8. Hati:

· Sentiasa ingatkan Allah

· Bersih daripada sangka buruk dan hasad dengki

· Sentiasa fikirkan bagaimana untuk berbakti kepada orang lain daripada
memikirkan apa yang orang lain akan fikir tentang dirinya setelah bakti itu
dilakukan

· Tenang dan sentiasa memotivasi diri sendiri

· Menjauhi dan memijak habis-habisan nafsu keji baik berupa syahwat mahupun
amarah

 

9. Makan:

· Makan hanya apabila lapar

· Makan sewajarnya sahaja

· Bersederhana dalam berbelanja membeli makanan

· Memilih makanan yang berkhasiat

· Suka belanja orang lain (jika wang terlebih cukup untuk keperluan diri)

 

10. Belajar:

· Menjadikan menuntut ilmu sebagai hobi

· Mempunyai jadual belajar yang sistematik

· Menyampaikan ilmu yang dipelajari

· Menguasai ilmu agama yang usul sebagai keutamaan (fardhu ain)

· Menguasai ilmu bidangnya sebagai keutamaan (fardhu kifayah)

· Bersabar dan rajin ketika belajar

· Menjauhi hal-hal yang boleh merosakkan budaya keilmuan (eg. maksiat)

· Kaitkan pelajaran dunia dengan kekuasaan Allah, terutamanya ilmu sains.

 

11. Perwatakan:

· Tenang dan ’cool’

· Ceria

· Tidak melampau jika berjenaka

· Sesuai dengan suasana. Contoh: Jika suasana sedih tidak bergembira

· Bercakap hanya yang perlu-perlu/baik-baik sahaja.

· Serius dan tidak leka

· Tidak berlengah-lengah dan tidak pula kelam kabut

· Sentiasa ke depan dalam urusan yang baik untuk dunia mahupun untuk akhirat

· Menghormati semua orang

· Berbelas kasihan terhadap yang malang

· Menunjukkan ketidaksukaan terhadap yang haram dengan cara yang berhikmah

· Menyayangi kanak-kanak

· Menjaga pandangan dari yang haram

Before You Judge

Judgment is “the ability to make sensible decisions after
carefully considering the best thing to do” -the Oxford Advanced Learner’s Dictionary.
Many times in our lives we encountered
difficult things in which we have to judge carefully which decision should we
take. Indeed, knowing how to make correct judgments is one of the criteria of a
good muslim.

 Here in this humble article, I would like to discuss
somewhat on how we all can make the best from our judgments, or if we still judge
erroneously our judgments would at least be regarded as involuntary mistakes,
in which we will not be accounted for them. Infact it is said from a hadith
that a muslim would get one reward from Allah for the wrong judgments he makes
after trying his best to decide. 

Due to limited space allowed for this writing, we will only
look into three most common aspects that one should consider when judging
things, then we will discuss briefly one by one:

  1. Always
         go for the truth
  2. Rational
         and fair thinking, rather than bias
  3. Tawakkal
         to Allah (reliance to Allah)

Looking for the truth is inevitably the most important
aspect to consider when we receive any information. For example, we should not
simply believe everything what other people say, especially if their words contain
downgrading comments about others. Infact, this is considered as backbiting! When
we receive any news that requires our response (i.e. have to judge and act
accordingly), first investigate the truth of the information: check for the
source and evidence. However, if an information is not relevant to us -such as
an embarassing story of a person- even how true an information is, do not even
bother to listen to it.

The problem of bias in formulating a judgment often occurs
when it comes to make a judgment involving conflicting information. For
example, a lecture of Akhlaq delivered by ustaz C contains a lot of hadith and Quranic
verses. A lecture of Fiqh given by ustaz D contains little hadith but includes
many opinions and interpretations of Muslim scholars. Some of the listeners think
that ustaz D is neglecting the Quran and Hadiths, while ustaz C is doing a very
good job. Suddenly, a critical and rational-thinking person explains: “Friends,
ustaz C is good, but ustaz D is doing a good job too, because the latter is
teaching contemporary Islamic fiqh. How is it possible that ustaz D can cite
hadiths, which do not exist, that describe wearing jeans and listening to
mp3s?”

That is how we should look at things when we judge conflicting
issues or information. Look into the context, because sometimes things are not
like what is seems. Remember to always make our judgment on the basis of true
knowledge and rational thinking, rather than following our emotions.

Tawakkal, done during and after making our best effort, must
be a common practice to everybody. We can learn from the good tawakkal practice
of Imam Bukhari. He used to pray two rakaah before writing down any hadith that
he found to be authentic. His methods of judging, to be able to grade hadiths based
on its level of authenticity, require many more criteria than the ones that I
have stated above. It was indeed a very difficult and tedious task, and above
all, this Imam has demonstrated to us that tawakkal goes along with every
effort. This is the path we all should take if we want success to be ours.

Four Basic Issues That Muslims Today Have To Observe

The fact that some muslims aren’t really sincere enough and not devoted to the religion of Islam has led to massive failure in the effort of reviving the strength of the Muslim Ummah. The muslims are assumed by some to be backward, fanatic, and violent people. 

We muslims need to prove these claims are wrong. So I think a simple yet major shift of paradigm is needed to once again put us to the top of the world. Let’s forget first about developing the military or economic strength of the muslim ummah for a while. There are much simpler issues yet important, that need to be observed to ease our path towards success. Let’s view it one by one.

1. Take great care of the prayers

PRAYER is the most important thing a muslim should observe. Prayer is indeed the main differential criterion between a muslim and a non-muslim. In an authentic hadith narrated by Imam Bukhari and Muslim, prayer is the best and lovable deed in the Sight of Allah.

Observing prayers does not only mean to never miss the obligatory (fardh) prayers. It also includes:

  • Pray on time, as early as possible!

  • Pray congregationally (i.e. jamaah, primarily for men)

  • Praying in high concentration (Khusyu’)

Here I would like to emphasize more on attending congregational prayers for we all can see this a common problem in our country. In a hadith, the Prophet s.a.w said: “By Him in Whose Hands my life is, I sometimes thought of giving orders for firewood to be collected, then for proclaiming the Adhan for Salat. Then I would appoint an Imam to lead Salat, and then go to the houses of those who do not come to perform Salat in congregation, and set fire to their houses on them”. This is an authentic hadith narrated by Bukhari and Muslim.

Besides taking "super" attention to the above matters, a good muslim should also, or is highly encouraged, to often perform the sunnah prayers. Allah loves those muslims who prayed to Him in high quality and frequency.

2. Make reading a habit

Reading

is something lacking in our muslim society; this is from my own observation (and this is a reminder for me as well). Many times when we enter any bookstore, whether the bookstore is selling religious books or modern-western books, there are not so many muslims around compared to other shops or other more-fun-to-visit places. Even if there are muslims, not so many are so interested to spend their money on intelectual or beneficial books, compared to their interest on buying games, DVDs or pop magazines. That’s pity, owning books should be dearer to our hearts than owning other worldly materials.

The same scene is also seen in libraries. Libraries shouldn’t be left with so many empty seats around and books left dusted. Some muslims -pardon me if I am wrong- do not seem to like reading educational or beneficial books. This is very worrying indeed, for one of the keys to be successful individually and collectively, is to have vast amount of knowledge, and reading is the primary way of gaining knowledge.

Now ask yourself, how many books you read in a year? Let us make reading books as a common habit.

3. Do not despise each other over differences

One of the reason that is tilting the table of world order to the western world rather than the muslim ummah is due to lack of understanding among the muslims when it comes to differences. Whether they’d be differences in muslim sects (mazhab), political parties or culture; some muslims tend to be bias to one side. These muslims do not have the tendency to evaluate all views fairly based on intelectual reasoning, but rather based on their emotions; and as a consequent these muslims will always incline to one perspective regardless of how true the opposing view would be. Then, disputes might occur between the supporters of the two opposing sides. This is a bad situation, for in the Quran it has already been stated:

“The Believers are but a single Brotherhood: So make peace and reconciliation between your two (contending) brothers; and fear Allah, that ye may receive Mercy.” (Al-Hujuraat : 10)

The best way for muslims to be successful, strong and unite with each other, is to accept differences, rather than avoiding them. This is because accepting a different opinion is much more easier than avoiding to have different views. We can put forward our own views. We can agree and disagree. We can be agreed and disagreed. It is wrong for us to force other people to agree with our views. Even I am also requesting what is stated in this article should be evaluated, and I do not mind if the readers disagree.  

We may not accept an opinion, but we should not reject or disgust the person proposing it. The person should always be tolerated nicely and respected as a muslim brother or sister. Sometimes the differences in opinion are not contradictory at all, rather all are correct and we are free to choose which opinion we prefer. Even if we disagree a view because it is completely wrong and fatal, for example those misleading views stating that ‘wearing hijab (head scarf) for muslimah is not compulsory’, still we have to respond to that opinion nicely and peacefully. Starting off fights of conflicts is not our way of handling differences.

If our view is proven to be wrong, put away our ego, just abandon that erroneous view and accept the correct view. To a good muslim, seeking the truth is really what matters, not winning over a debate. This kind of humble attitude is the secret for success.

A true muslim must always ensure his emotions are always under the control of his sane thinking. So, do not curse nor hate each other for any kind of differences. Being gentle and polite are the correct principles. Keep on talking to the misunderstood people with patience and wisdom. Let not irritation take over. A genuine muslim must always have good manners in everything that he does.

4. Do not be partial-muslims

Partial-muslims are really burning away the good name of Islam. "Thanks" to these partial-muslims, Islam is now greatly misunderstood by so many people, especially the non-muslims. If any of the readers is assuming me as critizing them, please realize that this ‘criticism’ is meant to be constructive, rather than destructive.

It is common that people will assess a religion, isms, or any ideologies based on its followers. The same case implies here, where Islam is judged based on the muslims, and the problem is that in many instances there are muslims who are not sincerely following all the teachings of Islam. This is the group of muslims whom we call partial-muslims. I pray to Allah not to let me or you to fall into this group of muslims.

Partial-muslims are muslims who practice one aspect of Islam but abandoning the other. For example, they prayed five times a day but at the same time they watch illegal things, such as sexy actresses in western movies. They perform the alms (zakah) but at the same time they scold their parents. Some muslim women are going all-out for charity, but hey, where’s their hijab? Why would these muslims do such acts, while to obey Allah in totality is a divine commandment:

“The answer of the Believers, when summoned to Allah and His Messenger, in order that He may judge between them, is no other than this: they say, "We hear and we obey": it is such as these that will attain felicity” (An-Noor: 51)

Two things need to be fixed to ensure the preservation of the good name of Islam. First, muslims must always work hard to be a better muslim every time and place. Second, non-muslims should understand that not all muslims are correctly representing the teachings of Islam.

Islam is a holistic religion. It comprehensively covers all aspects of life, whether it be from the major aspects of worshipping Allah to the tiniest aspect, say, the manners of talking to young children. Islam is a religion that teaches and guides man in all areas of his life. Definitely only the true divine religion teaches everything. So, let us follow Islam fully and we’ll be safe both in this world and the hereafter. Insha Allah.

Islam explains the entire motive of why we live in this world. Islam encourages good manners, from playing with young kids to respecting the elderly, and from greeting others with salam to helping the poor. Islam teaches us not to brag, arrogant, backbite nor bully others. There are many more other beautiful teachings of Islam, but merely because many muslims are taking little attention to it, the whole muslim nation is under severe threat of misconceptions and enmity.

To practice Islam is uncomplicated, but to maintain them is relatively not easy.Maintaining is easy because of the worldly temptations and shaitanic whisperings. So a true muslim admits that Islam is simple in practice but at the same time he does whatever he can to maintain the state of practicing Islam at its fullest. This is the kind of muslim we should all be: the ideal muslims, the ones that the non-muslims should be observing if they want to understand Islam.

Conclusion

The difficulties faced by the muslim ummah today are due to some muslims’ lack of sincere faith and commitment to Islam.

Besides the four things I mentioned above, there are actually many other more important things under the teachings of Islams that the muslims today are not taking serious attention. Nevertheless, I really hope that all of us would take heed of the matters mentioned above, and I also hope that by implementing what has been written in this article we can then be able to find other mistakes of ours that have been overlooked. And Allah knows best!