Korek Hidung Tak Batalkan Puasa!
"Korek hidung merupakan satu tindakan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, maka ia membatalkan puasa."
Inilah satu kenyataan yang umum diketahui oleh rata-rata masyarakat Islam Malaysia.
Mendengar kenyataan itu, orang ramai langsung tidak mengorek hidung dan telinga kerana takut terbatal puasa. Akibatnya? Anda fikirkanlah sendiri…
Di sini sebenarnya penulis hanya ingin berkongsi, berdasarkan apa yang disepakati oleh para ulama fiqh, tentang hal-hal yang membatalkan puasa. Kesemuanya adalah kefahaman yang lahir berdasarkan takwilan dan hujah para fuqaha’ (ulama-ulama fiqh) terhadap hadith-hadith sahih yang boleh dijumpai di dalam kitab-kitab hadith.
Apa sebenarnya perkara yang membatalkan puasa?
Perkara yang membatalkan puasa apabila sesuatu masuk melepasi ke dalam rongga halkum (melepasi anak tekak) sahaja, bukan rongga-rongga lain. Inilah menurut pendapat paling kuat yang disepakati majoriti ulama’ fiqh zaman berzaman, sedangkan pendapat yang menyebut batal puasa jika masuknya sesuatu ke dalam mana-mana rongga pada badan, adalah pendapat yang lemah. Ini bermakna:
- Korek hidung tidak batalkan puasa
- Korek telinga tidak batalkan puasa
- Korek mata tak batalkan puasa
- Menggunakan eye-mo (ubat penitis mata) tidak batalkan puasa
- Air masuk ke lubang dubur atau kemaluan tidak batalkan puasa
- Menggosok gigi tidak membatalkan puasa dengan syarat menahan daripada menelan masuk gel ubat gigi.
- Dan lain-lain yang berkaitan.
Selain daripada itu, hal-hal yang membatalkan puasa seperti berjimak, mengeluarkan mani, dan lain-lain adalah tetap seperti biasa (ianya membatalkan puasa), tiada kekeliruan oleh masyarakat dalam hal ini.
Diharapkan dengan penulisan ringkas ini, dapatlah kita membetulkan kekeliruan dalam melaksanakan ibadah puasa. Semua yang dinyatakan di atas hanyalah sedikit daripada banyak lagi kekeliruan-kekeliruan oleh masyarakat dalam perlaksanaan ibadah puasa.
Penulis menyarankan agar para pembaca sendiri pergi membaca kitab-kitab hadith dan fiqh yang muktabar (eg. Kitab hadith Lu’lu’ Wal Marjan, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Kitab Fiqh Sawm oleh Sheikh Qardhawi etc). Melalui pembacaan dan kajian yang menyeluruh dan mendalam, atau merujuk kepada guru-guru pakar fiqh dan hadith, baru kita dapat tahu cara perlaksanaan puasa yang sebenar-benarnya sebagaimana yang Rasulullah s.a.w ajarkan kepada kita. Kemudian baru kita dapat sedar betapa banyaknya kekeliruan dan kepayahan dalam ibadah puasa yang diamalkan oleh majoriti umat Islam Malaysia hari ini.
Jika terdapat antara dua pendapat, pilihlah yang lebih mudah, ini menurut satu hadith. Ini kerana Islam mengkehendaki kemudahan atas umatnya, bukannya hal-hal yang menyusahkan, dalil-dalilnya:
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan dalam keadaan lemah" An-Nisa’: 28
"Dia sekali-kali tidak menjadikan dalam agama ini untuk kamu satu kepayahan" Al-Hajj: 78
"Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi engkau" Al-Baqarah: 185
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al-Baqarah : 286
Rasullullah s.a.w pernah bersabda:
"Permudahkanlah jangan menyusahkan, buatlah orang gembira jangan buat mereka lari" (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan dan sangat praktikal dari segi pengamalannya; tetapi ia sangat menekankan dan memberatkan umatnya dari segi aqidah. Begitulah dalam ibadah puasa, selagi tidak ada bukti kukuh daripada Al-Quran dan hadith-hadith bahawa ibadah puasa akan terbatal dengan hal-hal yang disebut di atas, maka hal tersebut tidak perlu diterima, kerana Allah s.w.t sendiri mahukan kemudahan dalam pengamalan peribadatan para hambaNya. Kita dilarang untuk sengaja memberatkan dan menyusahkan diri sendiri dengan menambah-nambah sesuatu ke dalam hal-hal ibadah menurut kehendak hati kita (tiada bukti daripada Al-Quran dan As-Sunnah), sekalipun ianya bertujuan baik, kerana syariat Islam tidak terbina atas sangkaan dan hujah manusia, tetapi ia terbina atas apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Al-Quran dan RasulNya.
Wallahu a’lam.
September 25th, 2006 at 8:42 pm
Salam…
Hehe, bak kata Ust Arif Nazri last week, korek hidung HARAM, kalo nak buang idung tue, tapi kalo nak buang ‘tahi’ nya, tak batal puasa la:P Satu lagi ustaz pesan, takyah la duk korek sgt hidung tue, dah cukup dalam dah tue:D
Tapi, benda nie perlu selesai segera la, semalam ana sempat sembang ngn akh Nurul Amin, dia cakap dalam kelas dia, masih ramai yang taktau fasal hal nie..Na’uzubillah..Bahaya, maybe syaitan dah setkan suruh hamba-hamba Allah ragu-ragu fsl hal nie, tup2 ada yang berbuka plak sebab ingat puasa dia dah batal…Na’uzubillah…
September 25th, 2006 at 8:44 pm
Errr akh, cakap nak sambung fasal ukhwah fillah abadan-abada tue, sambung la…Ternanti-nanti ana nak baca fasal tue..Mana la tau kut2 terkena batang idung…Na’uzubillah….
October 9th, 2006 at 2:22 pm
well dats cool..
well suruh diorg blanje mkn lps ramadhan ah..
tq 4 d info mate!!! 
i can korek idong ne time i want… coz dat day we had a nose digging contest with my mat salleh fren.. but i didnt join coz pose.. hehehee but now mayb nxt time i’ll join n i wanna win a full day meal treat…
October 9th, 2006 at 3:40 pm
thanks
October 10th, 2006 at 1:39 am
Welcome..
May Allah bless you.. Islam is a very practical religion..
October 10th, 2006 at 2:28 am
btw..
NOSE-DIGGING contest???
yuks.. I advice you not to do that..!
October 13th, 2006 at 12:06 am
aie,i told dis to some frens of mine..and they reluctant to percaya..
antara the hujah yg mereka keluarkan..
‘hidung telinga adalah rongga,so masukkan sunthing dlm rongga membatalkan puasa’
‘dr kecik ustazah/ustad ckp takle..naper skrg boleh??’
‘mugking mazhab lain kot’ (dis is by far the funniest)
‘ntah2 ko silap bace tak, ajaran sesat kot’
‘naper dlm buku agama islam ckp batal??’
if u can..bidaskan hujah2 nie..
thanx.. =)
October 13th, 2006 at 2:39 pm
manhaj berlainan… aku rase perkare furu’ xyah nk berbalah2… ikutlah dr mane masing2 blaja!
October 14th, 2006 at 1:58 am
sahabat2..
tak kisah la nak ikut mana.. let me tell u guys a hadith for u to think about, utk jadi hujjah:
Ada satu hadith sahih yg diriwayatkan oleh aishah, “Kalau ada dua pilihan, Rasulullah akan pilih yg termudah”..
If u want to follow the way of the prophet, follow the easiest when u have many choices.. DENGAN SYARAT, kedua-dua pilihan tu sama2 KUAT di sisi agama…
Dalam isu korek hidung, atau mana2 rongga pon, x dinafikan TIDAK ADA SATU PUN HADITH SAHIH DARIPADA RASULULLAH YANG SEBUT KOREK HIDUNG BATAL PUASA.
So, apa bukti org kate korek hidung batal puasa? Sedangkan Allah ckp dalam Quran:
“Qul haatu Burhanakum In Kuntum Soodiqiin..” -Al-Baqarah
(Maksud: Tunjukkan bukti kamu jika kamu orang2 yg benar)
Saya tak paksa org follow apa yg saya ckp kat atas ni.. saya saje je nak jelaskan, tanak mahu ikut sudah..
Tapi bagi diri saya, saya nak ikut yg mudah (dlm hal2 fikah dan hal2 cabang, bukan aqidah tau!), sbb itu yang Rasullullah biasa buat.. dan itu menyeronokkan hidup saya.
So, life is short, why make it hard?
Anyway, nak bincang isu “Islam itu mudah” ni mmg panjang.. Ada yg salah faham dgn mempermudahkan Islam sewenang-wenangnya.. Nanti ada masa saya buat posting pasal apa makna “Islam itu Mudah”.. satu hari nanti.. Insha Allah..
Anyway, utk faham konsep apa makna “islam itu mudah”, saya syorkan baca buku “Fikih Taysir (Fiqh Memudahkan), oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.. edisi terjemahan ada dijual kat Pustaka Indonesia, atau pun Pustaka Fajar Ilmu Bakti.. Dua2nya ada kat bangunan wisma yakin, Dekat dgn masjid india.. Selamat membaca!
October 14th, 2006 at 2:40 am
Sorry, saya tak terjemahkan ayat Quran kat atas tu dgn betul2 tepat, saya betulkan balik:
“Qul haatu burhaanakum in kuntum soodiqiin”
“Katakanlah: Datangkanlah bukti kamu jika kamu org-org yg benar” ..
Maksud daripada ayat ni ialah, jika kita hendak berhujah tentang kebenaran, berikanlah buktinya.
Maaf atas kecuaian, wassalam.
September 16th, 2007 at 1:34 am
DiDie.. tanyakan saja kepada mereka, kenapa berkumur2 tidak membatalkan puasa? Kenapa bersugi tidak membatalkan puasa, malah hanya makruh jika dilakukan setelah gelincir matahari? Sekiranya korek hidung membatalkan puasa, sudah tentu sepatutnya berkumur2 dan bersugi lebih bahaya kerana kemungkinan tertelan air lebih besar. Kemudian katakan kepada mereka, jangan hanya mengikut2 dalam agama, tetapi setiap individu itu sendiri perlu berfikir dan menyiasat sendiri tentang apa2 perkara yg disampaikan kepada mereka. Wallahua’lam.
September 18th, 2007 at 8:25 am
Jazakallah akhi firus for the comment.. ^_^
August 21st, 2009 at 6:27 pm
baguslah , makin lama makin mudah ibadat nih, silap-silap haribulan lagi 10-20 tahun makan, minum pun tak batal puasa…
September 5th, 2009 at 2:03 am
Saya setuju dgn kenyataan ini. Sy nk ikut kenyataan ini. Sy suka memilih jalan yg mudah bukan bermakna saya nk memudahkan sesuatu. Islam ni senang dan mudah, terpulang la nk ikut ke tak.
October 6th, 2009 at 7:02 am
Ops John, semoga Allah merahmati anda dan mengasihi anda dunia dan akhirat, apa yg anda ckp tu tak menggambarkan konsep yg cuba disampaikan.
Saja sy nak selitkan beberapa point.
Penjelasan bhw korek hidung x batal puasa ni benar sbbnya, ia tak ada disebut dlm mana2 hadith Rasullullah yg sahih pun, malah sbnrnye jumhur ulama dr semua mazhab x pernah pun sebut korek hidung batal puasa.
Para ulama yg mulia selalu berusaha berpendapat atas dalil yg sahih, hanya mungkin sesetgh ulama itu berbeza dari yg lainnya. Mungkin ada dalil yg tak sampai kpd mrk, dan sbb2 lain. Kata nabi, org yg berijtihad, jika betul 2 pahala, salah 1 pahala. Jd mrk telah lakukan tggjawab mrk utk mengkaji dan berijtihad. Mrk telah lakukan tggjawab mrk sebaiknya baik mrk sepakat ataupun berbeza pandangan, semoga Allah merahmati mrk semua.
Tggjwb kita pula, sbg pelajar2 muslim, ialah utk cube mencari mana satu pendapat2 ini yg plg kuat. Kita lakukan ini melalui belajar ilmu2 syar’i, bkn skadar ikut akal dan emosi. Kemudian kita nilailah ilmu2 menurut kemampuan kita yg ada, dan kita tidak akan dihukum atas ketidakmampuan kita.
Walauapapun, asasnya tetap sama, nak terima atau tak sesuatu pendapat terpulanglah pada diri sendiri. Sama ada saya atau sesiapa jua, tiada siapa di dunia ini boleh paksa org lain utk terima ilmunya, sekalipun betapa benarpun dia. Hinggakan Rasulullah s.a.w pun tidak memaksa org ramai menerima dakwahnya. Semua org berhak memilih. Allah jua yg Maha Mengetahui siapa yg benar dan siapa yg salah.
Semoga Allah mengampuni kita semua.
Wallahu a’lam.