Salah faham konsep ibadah dalam Islam
Ibadah, sepertimana disepakati oleh umat Islam, terbahagi kepada dua: iaitu ibadah khusus (‘Ibadatul Khassah) dan ibadah umum (‘Ibadatul ‘ammah).
Ibadah Umum
Ibadah umum merupakan sesuatu yang tidak selalu disalah erti. Ibadah umum memang mudah:
Segala urusan dunia yang betul niatnya, bertepatan dengan syariat (tidak ada dalil yang melarangnya), dan pada masa yang sama memberi menfaat kepada urusan duniawi, bukannya kelalaian dunia, adalah ibadah umum.
Digelar ibadah umum di sini juga kerana tidak ada cara spesifik dalam Al-Quran dan As-Sunnah tentang kaedah perlaksanaannya, maknanya, ibadah itu boleh dilakukan dalam apa jua bentuk (urusan duniawi), asalkan menepati definisi di atas.
Belajar kerana tahu Allah menyukai orang berilmu itu ibadah. Membasuh pakaian kerana tahu Allah sukakan kebersihan itu ibadah. Tidur awal kerana ingin bangun qiamullail di malam hari itu ibadah. Merekacipta teknologi-teknologi baru kerana inginkan redha Allah itu pun ibadah. Pendek kata, ibadah-ibadah sebegini begitu mudah dilakukan, kerana ianya sentiasa boleh dilakukan asalkan menepati syarat-syarat yang terkandung dalam definisi di atas.
Definisi di atas lahir berdasarkan tafsiran terhadap ayat 29, surah Al-Baqarah:
"Dialah yang menjadikan segala apa yang ada di atas muka bumi untuk kamu.."
Dalil ini menunjukkan bahawa segala hal duniawi itu halal dilakukan. Namun kemudian jika datang dalil-dalil yang melarang hal tersebut, maka yang itu sahajalah yang diharamkan. Begitulah syariat Islam terbentuk satu demi satu pada zaman Rasulullah s.a.w. sehingga sempurnalah Islam menjelang kewafatan Baginda. Contohnya, arak pada mulanya langsung tidak diharamkan. Kemudian turunlah ayat yang menyatakan haramnya minum arak jika hendak solat sahaja. Kemudian tidak lama kemudian, minum arak sahaja -mabuk ataupun tidak- adalah haram. Akhirnya, setelah seorang sahabat menghadapi kemusykilan tentang suatu aspek hukum arak, maka keluarlah hadith umum yang menyebut "Segala yang memabukkan itu haram". (Maaf saya lupa periwayat hadith ini). Dari sini, lahirlah hukum menyebut segala yang memabukkan itu haram, i.e. arak, dadah, ecstasy dan sebagainya.
Perhatikanlah, di sini hukum tentang sesuatu berubah-ubah mengikut dalilnya, dan jelas pada fikiran kita bahawa meminum arak itu adalah hal dunia bukannya ritual, maka ianya menjadi haram jika ada dalil yang mengharamkannya, sesuai dengan konsep ibadah umum yang kita fahami. Banyak lagi hal-hal sebegini -selain daripada isu arak- yang mencerminkan bahawa segala hal-hal dunia itu halal melainkan ada yang melarangnya. Malah ianya boleh menjadi ibadah jika menepati definisi di atas (i.e. ibadah umum)
Malah, dalam satu hadith telah disebut bahawa sesuatu permasalahan yang tidak diberi penjelasan oleh Allah s.w.t. bukannya menunjukkan Allah itu lupa (Maha Suci Allah daripada sifat pelupa), tetapi sebaliknya menunjukkan Allah memberikan kemaafan dan kelonggaran (dan sebagaimana kita fahami, ini hanyalah dalam hal-hal dunia, manakala tentang hal-hal ritual Islam, sila rujuk penjelasan tentang ibadah khusus di bawah).
Selain itu, terdapat juga dalil-dalil lain yang saya tidak sebutkan di sini kerana tidak mempunyai sumber rujukan di tangan pada kesempatan ini. Namun, saya ingin mengatakan bahawa apa yang saya katakan ini bukannya sangkaan saya sendiri sebaliknya berdasarkan kefahaman-kefahaman yang lahir daripada kajian para ulama’ terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.
Kini jelaslah, segala hal duniawi, asalkan tidak ada larangan daripada Al-Quran dan As-Sunnah, boleh sahaja dilakukan. Inilah pendekatan yang rasional dan membuktikan konsep Islam itu mudah diamalkan, dan menepati konsep "tidak ada paksaan dalam Islam". Bebaslah bergerak di dunia ini asalkan tidak melewati batasan syariat.
Ibadah Khusus
Masalah yang sering berlaku dalam masyarakat hari ini ialah -yang sentiasa menjadi isu sensitif- salah faham yang berlaku tentang konsep ibadah khusus. Ibadah khusus bermaksud:
Segala bentuk peribadatan berbentuk ritual dan hanya boleh dilakukan jika ada dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Definisi inilah yang paling tepat menurut syarak. Para ‘ulama zaman-berzaman bersepakat tentang kewajiban untuk melakukan ibadah khusus (ibadah berbentuk ritual difardhukan atau tidak, seperti solat, puasa, zikir, baca Quran dan sebagainya) itu hanyalah benar jika berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika tiada bukti daripada keduanya (selain penafsiran yang tepat, melalui kajian-kajian para ulama’ tafsir, hadith dan fiqh), maka haram untuk melakukannya. Mereka berdalilkan menurut bermacam-macam hadith, antara yang paling terkenal ialah:
"Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini yang tidak termasuk bahagian daripadanya, maka ianya tertolak." (Riwayat Muslim)
Hadith di atas jelas menunjukkan -sepertimana tafsiran ulama fiqh dan hadith- bahawa haram berinovasi dalam hal-hal berunsurkan ritual dalam Islam. Itulah apa yang dimaksudkan dengan ‘urusan kami’ dalam hal di atas. Tafsiran ini datang berlandaskan sokongan daripada dalil-dalil lain yang penulis tidak sebutkan di sini kerana penulis terlupa matan dan periwayatnya. Mungkin lain kali, insha Allah.
Kesimpulan
Jelaslah kepada kita bahawa tidak boleh mengadakan sesuatu yang baru dalam kaedah-kaedah perlaksanaan ibadah khusus, ikut sahajalah sepertimana yang diajar Rasulullah s.a.w. kerana aspek ritual Islam itu sudah lengkap menjelang wafatnya Rasullullah s.a.w., jadi tidak perlulah, contohnya, diubah tentang cara-cara hendak solat, mengada-ngadakan waktu-waktu spesifik hendak berzikir (melainkan apa yang tersebut dalam hadith-hadith), mengkhususkan sesuatu ibadat yang tidak pernah dikhusus Rasulullah s.a.w., dan berbagai-bagai lagi pembaharuan lain dalam aspek ibadah khusus; ini semua merosakkan kecantikan aspek amalan ritual Islam.
Manakala dalam urusan dunia pula, kerana memang fitrah dijadikan dunia ini sentiasa berkembang maju dan berubah daripada zaman ke zaman akibat perkembangan sains dan teknologi, umat Islam bebasd amn digalakkan berfikir kreatif dan berinovasi ke arah kemajuan dan pembangunan, asalkan tidak ada larangan daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Kesimpulannya, semua ibadah khusus itu halal asalkan ada dalil yang menunjukkan cara perlaksanaannya, manakala semua ibadah umum itu halal asalkan tidak ada dalil yang menunjukkan pengharamannya.
Saya tidak berhajat untuk menerangkan dengan panjang lebar tentang hal-hal ini kerana terdapat begitu banyak buku-buku yang dikarang oleh para u’lama fiqh yang menyebut tentang hal ini. Silalah membacanya, antara yang baguslah ialah seperti "Ibadah dalam Islam" (Dr. Yusuf Qardhawi)
Saya juga menyarankan, jika ingin membeli buku rujukan tentang ibadah-ibadah ritual seperti buku panduan solat, panduan wudhu dan sebagainya, belilah buku-buku yang mempunyai:
- Dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah
- Menyebut rujukan-rujukan yang penulis tersebut gunakan, sebagai footnote mahupun di sudut bibliografi. Lihat rujukan tersebut adakah ianya dikarang oleh ulama’ yang muktabar dalam bidang hadith, atau fiqh, ataupun seseorang yang tidak diketahui statusnya.
- Penulis buku menunjukkan gaya penulisan yang berunsurkan ilmiah secara professional bukannya emosi dan syak wasangkanya.
Saya meringkaskan perbincangan ini dengan menyatakan pendirian yang paling kukuh, iaitu kesepakatan para ulama’ fiqh yang muktabar (termasuk imam mazhab yang empat), bahawa segala apa yang dilakukan dalam agama ini hendaklah mempunyai dalilnya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya, diulang lagi, tiada inovasi dalam syariat Islam, ikutlah sepertimana yang diajar dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi, digalakkan pula berinovasi dalam kemajuan duniawi yang halal, demi kemanfaatan ummah ini.
Mungkin saya menjangkakan kritikan dan komen berdasarkan tulisan ini. Ini kerana berdasarkan rekod, isu ibadah khusus terutamanya, memang sensitif kerana ada orang yang sukar menerima hakikat bahawa ada ibadah yang mereka lakukan selama ini adalah perkara yang direkacipta. Contohnya (jangan marah ye), isu baca yasin tiga kali malam nisfu sya’aban, tahlil 3 malam menjelang kematian seseorang, dan berbagai-bagai lain amal ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat. Benarlah sepertimana difahami daripada penulisan Dr. Yusuf Qardhawi, betapa ramai orang yang berinovasi dalam hal-hal agama (yang sememangnya dilarang dalam Islam), tetapi tidak pula mahu berinovasi dalam hal-hal duniawi (yang tidak diharamkan syariat).
Kadang-kadang agak pelik bila memikirkan, betapa rajinnya orang untuk mengamalkan perkara yang tidak ada bukti dalam Sunnah Rasulullah s.a.w., tetapi malas pula melakukan hal-hal yang memang terdapat dalam sunnah Rasulullah s.a.w. seperti amalan solat tahajjud di tengah malam, solat-solat sunat mengiringi solat-solat fardhu, zikir-zikir ma’thurah secara individu, dan lain-lain. Kesemua amalan yang terdapat dalam sunnah Rasulullah s.a.w., lebih terjamin nilainya di sisi Allah s.w.t., tetapi kenapa ramai orang malas melakukannya?
Semoga Allah memberkati mereka yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan menjauhi segala yang tidak diajar oleh keduanya.
August 2nd, 2006 at 8:07 pm
“Segala yang memabukkan itu haram”. (Maaf saya lupa periwayat hadith ini).
Hadithnya:
Daripada Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir r.a. katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata dan di antara keduanya ada perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahuinya, oleh kebanyakan manusia.
Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala yang kesamaran sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorg pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat ternaknya makan di dalamnya.
Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya.
Ketahuilah! bahawa larangan Allah ialah segala yang haramnya.
Ketahuilah! Bahawa di dalam ada badan ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya.
Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”
(Hadith sahih, Riwayat Bukhari dan Muslim, Hadith ke6, dari Hadith 40, Imam Nawawi)
August 3rd, 2006 at 12:06 am
jazakillah utk hadith tu.. berkaitan dengan isu yg dibincangkan..
.. dan benarlah kata-kata Ar-Rasul s.a.w…
Anyway, ana maksudkan hadith yg lain la ukht.. ^_^
maksud matan dia “segala yang memabukkan itu haram”.. kalau dpt jumpe tlg masukkan kat sini yerk..
August 7th, 2006 at 11:08 pm
alamak tersilap ke? maafla ye, ana tau hadis tuh je.. ada yg lain rupanye…
insya Allah, moga pencarian ana nnt berjaya..
eh, kalau nta yg jumpa update la blog ni with that hadith ye.. ana pun nak tau hadis yg nta maksudkan tu…
September 21st, 2006 at 11:57 pm
“ikut sahajalah sepertimana yang diajar Rasulullah s.a.w. kerana aspek ritual Islam itu sudah lengkap menjelang wafatnya Rasullullah s.a.w., jadi tidak perlulah, contohnya, diubah tentang cara-cara hendak solat, mengada-ngadakan waktu-waktu spesifik hendak berzikir (melainkan apa yang tersebut dalam hadith-hadith), mengkhususkan sesuatu ibadat yang tidak pernah dikhusus Rasulullah s.a.w., dan berbagai-bagai lagi pembaharuan lain dalam aspek ibadah khusus; ini semua merosakkan kecantikan aspek amalan ritual Islam.”
betul tu.. kalaulah sesuatu perkara tu baik, tentulah Rasulullah org pertama yg akan melaksanakannya, btul tak? sesungguhnya yg sedikit tetapi mengikut sunnah itu jauh lebih baik dpd ibadah yg banyak tapi tak bersandarkan dalil yg sahih dan hny diada2kan shj(bid’ah)..
bknkah dlm surah al-maidah: 3 Allah tegaskan “Pada hari ini telah Kusempurnakan utk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam sebagai agama bagimu”.. jadi utk apa ditambah2 ibadah khusus yg sudah pun sempurna sblm kewafatan Rasulullah? lainlah kalau hukum2 fiqh yg sentiasa berubah2 ikut peredaran zaman atas ijtihad ulama’2 muktabar.. sedangkan yg Allah diamkan, itu merupakan rahmat bg manusia, usah ditanya lebih2 kerana “wa sakata ‘an ashya’a rahmatallakum”
isu bid’ah la ni mmg sensitif, ana pun tgh cuba cari cara berhikmah utk ajak org lain ikut sunnah dgn sebenar2nya, tambah2 pula bila ia berlaku di kalangan ahli keluarga sendiri, lebih dituntut utk bijaksana dlm menegur.. di samping tu ana cuba memperbaiki diri sendiri yg rupa2nya selama hidup 20 thn ni, ada juga mengamalkan perkara2 bid’ah.. moga Allah mengampunkan kta atas kejahilan kta sebelum ni.. dan moga Allah terus menunjukkan kta smua ke jalan yg lurus atas landasan Qur’an dan Sunnah yg sebenar2nya, hingga kta mati dlm iman yg sebenarnya.. Ameen..
November 6th, 2008 at 9:26 pm
salam… sy tersilap ckp pd sorg kawan.. i mean i left a comment on his pictures that becomes a controversy now.. sy ckp, islam pd nme jerk” coz die julang arak… sy tau sy pn bkn baek sgt orgnye..tp sy ttp tahu yg haram itu ttp haram.. so plz gve me some advices.. rmai yg kutuk cra sy ckp.. dorang ckp cermin dlu diri sndiri la.. sbb sy pkai tdung tp pkai tshirt ktenye… hehe…mcammane nk nsht org cara baek dan elakkan dr terjadi pape yg xelok nt..?? tq.. ur advices and critics are most welcomed~
November 7th, 2008 at 2:37 am
wsalam..
Hmm..Terlebih dulu sheh patut gembira sbb berasa marah apabila melihat kemungkaran.. Ini satu tanda keimanan, dan perlu sentiasa ditingkatkan..
Biasalah kadang2 bila kita marah, kita selalu terlepas ckp. Sy faham, kita tak kata kita bagus, tp itu tak semestinya kita tak boleh tegur org lain. Kalau kita nak tunggu kita jadi betul2 bagus baru nak tegur org, alamatnya sampai kiamat pun kita takkan boleh tegur.
Cuma mungkin cara sheh tegur kawan tu agak keras bunyinya. Sheh kene akui hal ini, pohon maaf dan berlapang dadalah dgn kritikan. Belajar dari kesilapan adalah sikap org yg bijak dan matang.. Tp jgn pula dgn pohon maaf tu sheh beri isyarat bahawa apa yg kawan tu lakukan satu yg betul.. Hanya minta maaf cara sheh tegur, bukan akui apa yg org tu buat.
Sy sendiri pun byk buat silap, dan penah dibenci. Tp alhamdulillah apabila sy minta maaf dan akui kesilapan sy, segalanya jd semakin baik. Malah org yg dulunya ibarat musuh kpd sy berubah menjadi kawan baik sy kini. Teringat pula pd satu ayat Quran. Subhanallah.
Truskan jihad dan sama2lah kita sentiasa cuba berubah ke arah yg lebih baik. InsyaAllah.
August 9th, 2009 at 8:34 am
Assalamualaikum,
Mgkn ini hadis yg dimaksudkan oleh saudara –>
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga).” (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2] ”
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit.” (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”