Dulu saya berserban, sekarang….
Penulisan ini adalah berdasarkan hujah yang terkandung dalam buku "Sunnah dan Bid’ah", ditulis oleh Dr. Yusuf Qardhawi. Pendapat-pendapat yang terkandung di bawah ini bukan saya merekanya, tapi diulas dan dikaji oleh Dr. Yusuf Qardhawi sendiri. Buat pengetahuan pembaca, authority Dr. Yusuf dalam bidang fiqh (beliau pakar dalam bidang Fiqh) memang tidak dinafikan dunia Islam masa kini, hingga beliau diamanahkan jawatan Presiden Majlis U’lama Sedunia.
Di bahagian bawah blog ini saya meletakkan beberapa petikan-petikan daripada buku "Sunnah dan Bid’ah" yang saya fikir paling relevan untuk dijadikan bahan bukti bahawa apa yang terkandung dalam penulisan saya di bawah ini bukanlah saya sengaja merekanya, tapi adalah hasil kajian para ulama fiqh. Selamat membaca.
—————————————————————————
Saya masih ingat , lebih kurang beginilah bapa saya pernah menasihati saya:
"Orang muda ni pakailah baju orang muda sikit, baru nampak smart."
Kenapa beliau berkata begitu? Ini kerana gaya pakaian saya ketika itu, kerap berbaju melayu, selalu berkopiah, kadang-kadang berserban dan lain-lain lagi cara berpakaian yang menampilkan diri seorang muslim di mata masyarakat. Bapa saya berpendapat berpakaian kemas dan moden itu lebih sesuai untuk saya yang masih remaja, sedangkan gaya pakaian saya itu mungkin lebih sesuai untuk orang-orang tua.
Ketika itu, saya tidak setuju dengan pendapatnya.
Tapi kini, saya bersetuju.
Kenapa saya mengubah pendirian? Sedangkan kawan-kawan saya dahulu semuanya sudah biasa melihat diri saya sebagai insan yang selalu berkopiah, berbaju melayu dan kadang-kadang berserban. Adakah saya sedang bersikap biadab terhadap budaya agama Islam dengan menggayakan pakaian-pakaian moden? Adakah saya sedang merendah-rendahkan sunnah Rasulullah s.a.w. dengan cenderung untuk tidak memakai serban? Semua itu adalah persoalan-persoalan yang mungkin timbul akibat daripada transformasi fesyen pakaian yang saya telah lakukan.
Tentu ada kawan-kawan saya yang terkejut melihat kopiah sudah diganti dengan topi. Baju melayu sudah diganti dengan t-shirt dan kemeja. Batas seluar yang dulu pernah saya pakai dengan terlihat buku lali kini dilabuhkan sehingga menutupinya pula. Adakah saya dah berubah jadi jahat? (heheh)
Kenapa dan mengapa??
Jawapan saya, sebenarnya apabila memerhati dan mempelajari apakah hakikat sunnah itu sendiri, saya telah menemui jawapan yang sangat menyenangkan hati. Sebenarnya dalam sunnah itu sendiri ada kriteria-kriterianya yang membolehkan sesuatu hal itu dianggap sebagai sunnah. Ada yang sunnah dan ada yang merupakan budaya pakaian arab yang diamalkan Rasullullah. Perbezaan antara sunnah dan budaya ialah sunnah ialah satu sumber untuk pensyariatan, sedangkan budaya tidak boleh dijadikan syariat dalam Islam. Contoh hal-hal sunnah yang jelas ialah seperti solat-solat sunat, sunat bertawaf, sunat minum sambil duduk dan lain-lain yang jelas disebut oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis, sepertimana yang telah dikaji oleh para ulama fiqh. Dalam hal pakaian, sesungguhnya yang sunnah ialah apa yang jelas disuruh dan diakui oleh Rasulullah s.a.w.
Contohnya, lelaki dilarang daripada memakai sutera dan emas. Kaum wanita wajib menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tangan hingga ke pergelangan, selain pakaian juga tidak menampakkan tubuh mahupun bentuknya. Wanita dilarang untuk berhias mencantikkan diri (tabarruj) melainkan di hadapan suaminya. Diriwayatkan Rasullullah pernah bersabda bahawa pakaian berwarna putih itu sunnah. Orang lelaki dilarang meniru pakaian perempuan dan orang perempuan dilarang meniru pakaian lelaki. Mudahnya, cara pemakaian lelaki dan perempuan hendaklah bersederhana sahaja, bukannya menunjukkan unsur-unsur kebongkakan dan riya’. Terdapat banyak lagi fiqh berpakaian yang telah diolah hasil daripada pengkajian Al-Quran dan As-Sunnah.
Selain dari suruhan dan larangan Rasulullah s.a.w itu, semua pakaian yang dipakai Rasulullah merupakan budaya pakaian arab yang juga merupakan budaya hidup Rasulullah s.a.w. Katakan jika Rasulullah muncul di tengah-tengah bangsa cina, takkan Rasullullah s.a.w. boleh memakai pakaian arab juga, tentunya baginda s.a.w. memakai pakaian cina bukan? Di sini bukannya hendak mempersoalkan atau meremehkan apa-apa berkaitan tempat lahir Rasullullah s.a.w. dan sebagainya, cuma hendak menjelaskan bahawa perlulah dibezakan yang mana satu sunnah Rasullullah, dan yang mana satu budaya yang diamalkan baginda.
Kemudian saya mungkin ditanya, adakah saya sedang memperkecil-kecilkan orang yang suka memakai kopiah, serban dan baju melayu?
Saya menjawab: TIDAK. Pakailah apa yang kamu suka hendak pakai. Itu semua terpulang kepada keselesaan masing-masing, asalkan pakaian itu tidak bercanggah dengan syariat Islam. Cuma yang menjadi masalahnya bila orang sibuk mengatakan memakai itu dan ini sunnah sedangkan itu hanyalah budaya pakaian arab yang diamalkan Rasullullah. Ini boleh menyebabkan salah faham terhadap sunnah Rasulullah s.a.w. kerana bukan itu yang baginda bawa. Apa yang baginda s.a.w. bawa ialah agama yang penuh dengan kelapangan dan fleksibiliti dan mudah diikuti oleh semua orang. Jika orang berkata memakai serban itu sunnah bukannya budaya Rasullullah, maka kata-kata itu boleh ditolak. Tapi jika dia berkata memakai serban itu sebagai tanda cinta kepada Rasullullah dengan meniru segala serba serbi tindak-tanduknya, maka itu bagus. Saya menyokong orang yang memakai serban dan jubah tapi mengatakan dia melakukan itu kerana tanda cintanya dia kepada Rasullullah, kerana baginya, jika dia meniru cara berpakaian Rasullullah, dia akan lebih merindui dan mencintai baginda s.a.w. Semoga Allah merahmati orang sebegini.
Ada juga orang memakai pakaian sebegini (kopiah, jubah dsbnya) agar mereka berasa diri mereka terpelihara sedikit. Contohnya, orang yang berkopiah tentu segan untuk berkunjung ke tempat-tempat yang banyak maksiat dan sebagainya. Bagi saya, ini pun merupakan satu tindakan yang terpuji dan untuk orang yang berpendapat sebegini, jemputlah teruskan dengan mujahadah anda itu.
Tentang ungkapan orang yang menyebut: "saya pakai serban sebab Rasulullah s.a.w. pakai serban". Saya rasa ungkapan itu tidak salah selagi ia tidak mencerminkan niat orang yang berkata itu sendiri. Jika dia berkata begitu sebab ingin meniru Rasulullah, maka itu tidak mengapa. Tapi jika dia berkata begitu untuk mengatakan bahawa itu adalah sunnah dalam Islam (disyariatkan sepertimana hal-hal sunnah yang lain) untuk memakai serban, maka itu boleh ditolak.
Selain daripada isu berpakaian, terdapat juga perkara lain yang perlu dibezakan budaya kebiasaan ataupun sunnah. Contohnya, Rasulullah s.a.w. suka memakan labu, adakah kita semua suka memakan labu? Adakah memakan labu itu dianggap sebagai sunnah Rasulullah s.a.w. yang perlu dijadikan syariat Islam ataupun hanyalah kebiasaan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang manusia normal? Di sini kita dapat lihat perbezaan yang besar antara sunnah dan kebiasaan Rasullullah s.a.w. Di sini, pemahaman yang betul masih sentiasa sama seperti di atas tadi, iaitu jika seseorang itu mengutamakan memakan labu berbanding buah lain kerana tanda cintanya dia kepada Rasulullah, maka itu tidak mengapa, tapi jika dia memakan labu kerana beranggapan bahawa itu sunnah, maka ianya tidak tepat.
Kini, jelaslah bahawa jika saya tidak memakai kopiah, serban dan baju melayu, tidaklah menjadi satu tindakan memandang rendah terhadap sunnah. Malah, saya berpendapat dengan berpakaian moden, usaha untuk merapati dan berdakwah kepada orang-orang kebanyakan menjadi lebih mudah. Malah, Islam menuntut penganutnya supaya berpakaian kemas dan disenangi masyarakat, tanpa mengambil kisah apa jenis pakaian pun asalkan ianya bertepatan dan selari dengan syariat Islam.
Wallahu a’lam
____________________________________________________________________________________
Ini tambahan yang saya buat setelah penulisan di atas dikomen dengan rancak, jadi saya petik daripada buku "Sunnah dan Bid’ah" oleh Dr. Yusuf Qardhawi sebagai bukti bahawa sebenarnya ini bukan fatwa saya, tapi fatwa Dr. Yusuf Qardhawi (lagipun, mana saya ni layak berfatwa). Jemputlah baca ok?
*note: saya ‘emphasize’ beberapa perkataan yang mempunyai kaitan rapat dengan penulisan saya di atas.
"Juga ada kesalahan sikap dalam memandang perbuatan-perbuatan Rasulullah s.a.w.. Sebahagian orang ada yang menyangka bahawa seluruh apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. adalah sunnah. Padahal, para u’lama berkata bahawa perbuatan-perbuatan Nabi s.a.w. yang termasuk sebagai sunnah hanyalah perbuatan yang ditujukan oleh beliau sebagai perbuatan ibadah."
"Dengan demikian, perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu perlulah diperhatikan, apakah yang beliau lakukan itu ditujukan sebagai perbuatan ibadah atau bukan."
"Di sini banyak terjadi kesimpang-siuran dan kesalahfahaman, misalnya yang terjadi dalam masalah tatacara makan."
"Sebahagian orang berpendapat bahawa makan dengan sudu dan garpu, di meja makan, adalah perbuatan bid’ah. Ini adalah sikap berlebihan dalam dan ekstrim. Kerana, masalah ini berbeza-beza bentuknya antara satu daerah dan daerah lain, dan antara zatu zaman dan zaman lainnya."
"Nabi s.a.w. makan dengan kebiasaan yang dilakukan oleh lingkungan beliau, terutama yang sesuai dengan sifat Rasulullah s.a.w., yakni sifat memberikan kemudahan, tawadhu’, dan zuhud. Namun demikian, makan dengan menggunakan meja makan dan menggunakan sudu dan garpu, bukanlah suatu yang bid’ah. Lain halnya dengan sebahagian hal lain yang menjadi adab makan itu. (contohnya, makan dengan tangan kanan, membaca bismillah sebelum makan, mengambil lauk pauk yang paling dekat dengan posisi seseorang di tempat makan; tentang hal ini ada hadith sahih, diriwayatkan bukhari dan muslim )."
"Oleh kerana itu, dalam masalah seperti ini kita harus memperhatikannya dengan cermat agar mengetahui batasan dan aturan-aturannya yang terdapat dalam tuntunan Rasulullah s.a.w.. Kemudian kita usahakan untuk mengetahui mana tindakan yang ditujukan sebagai perbuatan sunnah dan sebagai bentuk beribadah kepada Allah s.w.t, dan mana satu tindakan yang bersifat sekadar kebiasaan dan alami."
"Kadang-kadang Nabi s.a.w. melakukan sesuatu seperti cara kaum beliau melakukan hal itu, beliau makan dengan cara seperti mereka makan, beliau minum dengan cara seperti mereka minum, dan BELIAU BERPAKAIAN DENGAN CARA SEPERTI MEREKA BERPAKAIAN."
"Jika selera anda kebetulan sama dengan selera Nabi s.a.w, hal itu adalah baik dan berkah. Dan, jika ada seseorang yang berusaha sedapat mungkin mencontohi seluruh perilaku Rasulullah s.a.w hingga pada masalah-masalah yang tidak berkaitan dengan tuntunan agama kerana semata dorongan kecintaannya yang sedemikian besarnya terhadap Rasulullah s.a.w., dan kesungguhannya untuk mencontohi segala hal yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., ini juga suatu tindakan terpuji, meskipun hal itu TIDAK dianjurkan oleh agama."
"Jika ada seseorang berkata yang berkata, "Aku ingin mencontohi segala perilaku Rasulullah s.a.w., meskipun apa yang dilakukan oleh beliau tidak termasuk dalam tuntunan ibadah. Aku akan makan bersila di lantai dengan menggunakan tanganku (bukan dengan sudu dan garpu), seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w." Kepada orang seperti itu kami katakan, semoga Allah s.w.t. memberikan balasan kebaikan kepadamu. Kami tidak akan mengingkari tindakannya itu, dan barangkali orang itu akan mendapatkan pahala sesuai dengan niatnya."
"Orang yang melakukan hal itu telah melakukan tindakan yang baik, namun ia menjadi SALAH jika ia menginginkan -atau malah memaksa- orang lain untuk melakukan tindakan yang sama seperti yang ia lakukan, atau mengingkari dan mencela orang yang tidak melakukannya. Atau juga jika ia meyakini bahawa hal itu adalah bahagian daripada pokok agama, atau sebahagian darinya, atau menganggap orang yang meninggalkan perbuatan itu bererti telah meninggalkan sunnah."
—————————————————————————————
Saya berhenti setakat ini. Sebenarnya dalam buku ini dipenuhi dengan dalil-dalil dan juga contoh-contoh daripada para sahabat bagi menggambarkan bagaimana penerangan-penerangan di atas diperoleh, tapi saya mengeluarkannya bagi memudahkan pembacaan untuk blog ini.
Boleh menelaah lebih lanjut dengan membaca habis buku asli berbahasa arab yang bertajuk "As-Sunnah wal Bid’ah" terbitan Maktabah Wahbah, atau ada yang telah diterjemah ke dalam bahasa indonesia dengan bertajuk "Sunnah dan Bid’ah" terbitan Gema Insani. Boleh dibeli di kedai-kedai buku agama, saya mengesyorkan kedai buku Pustaka Indonesia yang terletak di tingkat dua, bangunan Wisma Yakin, berhampiran masjid India, Kuala Lumpur.
I rest my case.
Wallahu a’lam.
June 22nd, 2006 at 11:10 pm
ala.. pakailah apa pun.. bukan sunnah (secara teori dan penggunaan logik akal yg terbatas) sekali pun, anggaplah ianya bukan imej arab semata2, sebaliknya kerana imej islam sebab Rasulullah pernah pakai.. kalau Rasulullah masih hidup zaman sekarang dan pakai tie plak, kita ikut jugak.. sebab tanda cinta Rasulullah.. dan kalau kita nak kata kita pakai serban sbb nak ikut sunnah jugak, tak jadi masalah sbb sunnah tu mcm2 tafsirannya.. ada yg tafsir yg mcm ko tafsir dan ade yg tafsir sbg kata2 perbuatan rasulullah.. jadi dia nak ikut perbuatan Rasulullah yg ditafsir sbg Sunnah itu.. takde ape yg perlu ditolak… itu cuma perbezaan istilah shj.. tak perlu dipanjang lebarkan menjadi satu perbahasan yang merumitkan…
Semuanya akan jadi senang, tenang dan meyakinkan kalau kita pakai serban, kalau kita pakai jubah semata2 kerana Allah, bukan minta dipuji minta dipuja.. bukan perasan orang asyik tengok kita.. asyik perhati kita.. konon bile kita tukar pakai topi semua orang terkejut!! semua orang tertanya2!! kenapa? dan mengapa? chewah.. kalau ade rase2 cam tu nampak sangat kita pakai sebab nak tunjuk2.. nak perli2 org2 yg tak pakai.. tak sindir2 orang yang tak kelihatan seperti kita yg tampak begitu islamic, begitu hebat, setiap kali bercakap bersembur kata2 islamic yg pasti tiada tolok bandingannya…
Lebih tenang dan meyakinkan lagi kalau ianya dijadikan amalan.. pergilah kemana2pun.. dengan niat yang suci.. kerana mempromosikan pakaian yang pernah dipakai oleh Nabi kita, mempromosikan imej Islam, memempromosikan Islam, mempromosikan Tuhan.. maka insyaallah hilanglah segala mazmumah berganti dengan mahmudah..
Kalau hari2 kita mampu berhempas pulas, menggembling tenaga meluah bicara menanam amarah, dendam, memperomosi pembelaan terhadap perlakuan Yahudi terhadap saudara kita hanya derita di dunia sementara tapi insyaallah peroleh bahagia di alam kekal abadi, di Palestin, apa sangatlah untuk menanam kasih menyubur cinta di hati insan yang tak tahu lagi nasib mereka di sana dengan memperomosikan Tuhan kepada mereka.. tak perlu bersusah manapun.. peragakanlah imej Islam.. bukan susah.. bukan payah.. moga dengan berkat niat kita, Allah yang Maha Berkuasa (makin ramai ahli logik akal yg terbatas melupakan sifat ni) akan bukakan hati mereka.. kalau orang kafir melihat kanak2 belum mumaiyiz pun pakai jubah pakai serban, yang perempuan pakai tudung wpun belum pndai merangkak pun, diorang boleh tersenyum.. tersenyum tanda senang hati.. bile hati senang, jiwa tenang.. bile tenang datang bahagia.. bahagia tu rahmat.. mane tahu Allah tukarkan bahagia tu jadi Hidayah.. free2 je parents yang pakaikan baju tu dapat pahala.. kalau orang kafir boleh ade rase cam tu, kita yang Islam bile tengok kanak2 cmtu rase jelik.. menyampah atau cukuplah ade rase tak senang semacam, cek balik iman kita.. bukan sebab pakaian tu pakaian arab, tapi kan kita yang Islam sendiri dah sedia maklum tu imej Islam.. tak senang dengan imej islam bermakne ade yg tak kene tu.. bile tengok budak kecik pakai suar pendek pakai skirt nyanyi2 jerit2 Mawi!! Mawi!! Siti!! Siti!! boleh pulak tersenyum bangge.. lebih2 lagi kalau anak kita.. setahu aku orang Yahudi ngan nasrani je yg tak senang ngan islam nih!! bahaya tu!!!
June 22nd, 2006 at 11:38 pm
bagus…
blog yg menarik…
menambah pengetahuan aku yg serba jahil ini…
xdela aku bosan bace survey tah ape2 kt bulletin board nuh…
kerepek je…
keep up da good work!
=)
June 23rd, 2006 at 12:09 am
hmm..
i like ur blog =)
suke bace..x meleret..
very informative..
keep them coming..
=)
June 23rd, 2006 at 12:58 am
This is my first time bc buletin hang.. tgh bored ni.. huhu.. amboi..
byknye hang tulis.. taip sume ka? peh..rajin ek.. nk comment this one hehe..
u think too much la bro,
pkai je pape..asalkn x slh di sisi islam.. ~~~Islam Agama Yg Mudah =) ~~~ok.. wslm.. see ya
June 23rd, 2006 at 5:32 am
agree with awis..
pakai la pa per pun..kita da besar..tau hukum hakam dan batasan2 nye kan kan.. =)
June 23rd, 2006 at 5:47 am
terima kasih atas teguran.. betul2 memberi kesan ke atas diri ni..
Actually saya baru je nak edit sbb disedari ada beberapa kesalahan sbb cara sy tulis tu seolah2 sy x suka imej serban.. (sbenarnya nak pakai ke x, x kisahlah), actually ape yg sy nak terangkan ialah bahayanya kalau men’declare’ sesuatu itu sunnah sedangkan ia bukan..
tapi belum sempat nak edit, dah kene hentam dulu siap2.. terkezut… haiyoo
Sorry sahabatku sekalian, saya lupa nak cakap yg soal2 ini sebenarnya dijelaskan oleh Dr. Yusuf Qardhawi… Sy bukan nak agungkan beliau, tapi kefahaman Fiqh yg Allah kurniakan kepada beliau mmg diakui ramai intelektual seluruh dunia. Boleh dikatakan dia merupakan ulama’ yg paling byk kaum muslimin bersetuju dgn pendapatnya. Dan of course, tidak semestinya seseorang ulama’ itu dapat memuaskan hati semua org. Ada org yg menentang fatwa beliau tapi hanyalah minoriti sahaja.
Diulangi, konsep ’sunnah atau budaya’ ni bukan fatwa saya sendiri tau!
Rujuk buku beliau As-Sunnah Wal Bid’ah kalau x caye ok..?
Anyway, saya tak kata tak boleh pakai serban! Pakailah sbb mmg x dinafikan ianya boleh membawa kebaikan yg byk, tp kalau x nak pakai tu jgn paksa2 plak ok?
Thanx guys for ur support..
Wassalam
June 23rd, 2006 at 8:21 am
salam alaikum.. hmm nak komen sikit je.. panjangnya komen awis, mmg dia ada fikrahnya yg tersendiri.. ada yg sy setuju, tapi bg sy yg amat jahil dan kurang ilmu ni, nak komen dari suatu sudut yg berbeza pula.. boleh ya..
mgkn walaupun kita berniat baik utk mempromote imej islam ke mata dunia especially kpd remaja2 yg lalai skrg ni, mmg ada antara mereka yg menganggap islamis2 dgn pakaian berserban berkopiah ni sukar didekati, mgkn diorg akan fikir “ish mereka ni org2 kuat agama, manalah nak campur gaul dgn org2 biasa mcm kita!” hny sbg contoh je, tp mmg betul sy pernah diberitahu begitu. amat malang sekali, sbb perkara ni sekaligus menyebabkan usaha da’wah jadi kurang berkesan..
setahu sy yg serba tak tahu ni, hasan al banna jarang pakai serban dan jubah, malah dia pakai smart2 siap pakai blazer lagi.. yusuf qardhawi pun begitu.. bukan nak mengatakan berserban tu salah, tapi mgkn cara pakaian moden menurut mereka lebih memudahkan mereka utk approach org ramai dlm usaha da’wah..
tapi tak dinafikan juga, mcm yg awis ckp, dgn berserban dan berpakaian kopiah mmbawa imej islam, itu juga secara tak langsung, boleh mencetuskan kesedaran utk mereka mendekati islam.. itu juga merupakan salah satu wasilah da’wah secara tak langsung..
teruskan usaha menulis dlm blog ni krn pd pengamatan sy berdasarkan komen2 pembaca, ia dpt sambutan.. allahu a’lam..
June 23rd, 2006 at 9:56 am
nie citer betul berlaku pada diri saudara ke
June 23rd, 2006 at 10:10 am
betul.. tapi xlah serius sgt transformasi tu.. tentulah pakai lagi baju melayu dan jubah, tp xlah lagi menganggap ianya sbg sesuatu yg disyariatkan sbg sunnah seperti dulu..
Pakai je pakaian yg Islamik di mata masyarakat melayu sbb rasa seronok memakainya, nampak islamik. (mcm kata awis)
Tapi kene gak pakai baju moden kan.. memudahkan bergaul dgn orang biasa, mudahlah nak dakwah. (mcm kata hana)
Senang cita, pakai je lah baju ape pon, toksah pk byk. (mcm lini kate)
heheh..
June 26th, 2006 at 5:45 am
alhamdullillah..
teruskan usaha rakan2 sekalian
June 29th, 2006 at 11:13 am
hmm,..menarik jugak topik ni ye… ramai plak yg memberi komen.. bagus2…
agree with hana n lini…
bg saya plak, as long as pakaian kita mngikut kehendak syariat, tu pun dah memadai..
adakalanya tak perlu terlalu rigid… mungkin bg org yg sederhana spt kita, just be a flexible person dlm aspek pemakaian ni.. yg penting, kecantikan akhlak dan kekemasan diri, interaksi yg baik dpt membantu dlm urusan berdakwah, insya Allah…
juz a simple comment..
tq sbb kemukakan isu sebegini, yg ada kaitan skit dgn permasalahan yg bersarang di kepala saya…
keep on writing.. wassalam…
February 13th, 2009 at 11:26 am
erm,mf,sy nk bg pndpt ckt..hrap dpt tima.erm..masa xnk pkai serban,pkai la fatwa yg dkuarkn oleh ulma al qaradwi tu..mst bez kn bila dia kuarkn ftwa cmt.tp ingt,byk ftw beliau yg d tentang oleh ulama2 d Asia..byk lg ulma yg hbt dri dia,cuma x nk menonjl je
February 14th, 2009 at 11:49 am
Salam alaik..

Ye Fatihi, benar sgt apa yg nta katakan. terima kasih krn terbitkan isu ini. Sy sgt berharap melalui artikel ini org tidak anggap sy taksub kpd Qardhawi pula..
Izinkan sy menambah di sini…
Mmg Qardhawi seorang ulama, tapi die juge bleh buat silap. Cuma dlm soal ini sy masih tak nampak silap beliau. Jd sbb itu sy setuju dgn pandangan beliau. Jika di masa dtg jelas drpd Quran dan Sunnah dan melalui kaedah ilmu usul bahawa beliau tersilap, sy mmg akan tarik persetujuan sy ini.
Ya, sesetengah fatwa Qardhawi pun ada juge tidak disetujui oleh ulama lain, contohnya ‘ulama saudi.. Mrk sume turut mempunyai dalil yg menyokong pendapat mrk.
Tapi ada juge ulama’ lain yg menyokongnya… Mrk pun punyai dalil juga. Pendek kata, khilaf biasa wujud di kalangan ulama.. Tp, tidaklah boleh kite redha untuk khilaf ini berpanjangan. Tapi sepanjang ia berlaku, kita harus berlapang dada.
Akh Fatihi yg sy hormati, pada pandangan sy yg faqir ini, hebat atau tidak ulama itu bukanlah bidang kemampuan kita menilai. Hanya Allah yg tahu, siapa yg lebih baik.
Ape yg kite perlu lihat bukanlah siapa ulama tersebut, tapi apa yg disampaikan.Tak kiralah ulama itu dari timur ataupun barat (termasuklah Qardhawi), jika dgr pendapat seseorg ulama, kita harus selidik dalil dan alasan di belakang fatwa itu dikeluarkan, mengikut kemampuan yg ada.
Semoga dgn usaha ini, ilmu yg kite perolehi akan benar-benar sahih dan lebih byk berkatnya insyaAllah.
Wallahu ta’ala a’lam.
February 28th, 2009 at 5:46 pm
Assalamualaikum wbt.
Anda tersilap sekiranya menyamakan isu memakai pakaian labuh di bawah buku lali dengan memakai serban. Larangan memakai pakaian labuh di bawah buku lali jelas daripada hadith-hadith yang tsabit daripada Rasulullah saw. Ini berbeza dengan serban dan jubah. Soal penafsiran hukum haram atau makruh memakai pakaian yang labuh melebihi buku lali@isbal, itu ialah cerita lain, akan tetapi untuk menyamakan ia sebagai satu budaya arab seperti serban, ia adalah satu hal yang tidak benar kerana nas-nas yang ada tentang isbal membawa kepada isu hukum, bukan isu budaya.
Wallahua’lam.
March 1st, 2009 at 5:38 am
Wa’alaikumussalam wbt.
Terima kasih masri kerana menegur. Benar kata-kata anta. Isbal bukan isu budaya, tapi isu syariat yang jelas berdasarkan dalil yang sahih. Sekarang, memang saya sudah tahu tentang adanya disebut isbal ada dalam hadith yang sahih, tapi semasa saya tulis artikel ini kira-kira 3 tahun yang lalu (betul-betul lepas habis matrix), saya belum jelas tentang adanya dalil tentang isbal ni. Masa tu pula saya mmg terburu-buru sikit.
Saya kira kesalahan saya ialah pada ayat ini:
“Batas seluar yang dulu pernah saya pakai dengan terlihat buku lali kini dilabuhkan sehingga menutupinya pula.”
Saya akan keluarkan ayat tu dengan segera! Jazakallahu khairan masri kerana perasan kesilapan ni dan menegur.
Buat pembaca lain, sekiranya anda membaca penulisan saya yang dulu-dulu (eg. pada 2005-2006), minta lebih hati-hati. Saya tak larat dan tak ada masa nak cek balik semua penulisan saya semuanya. Sekiranya ada kesilapan yang jelas, beritahu saya. InsyaAllah saya akan tengok dan ubah apa yang patut.
Wassalamua’laikum.
June 27th, 2009 at 7:50 am
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!